KDEBWM terima kunjungan delegasi Vietnam

Ramli (berbaju hitam) bersama delegasi Gamuda Land, Vietnam di Ibu Pejabat KDEBWM di Seksyen 14 pada Sabtu.
Ramli (berbaju hitam) bersama delegasi Gamuda Land, Vietnam di Ibu Pejabat KDEBWM di Seksyen 14 pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - KDEB Waste Management (KDEBWM) menerima kunjungan rasmi delegasi dari Gamuda Land Vietnam dan Timbalan Datuk Bandar Ho Chi Minh City, Vietnam, Bui Xuan Cuang pada Sabtu bertujuan mempelajari cara pengurusan sisa pepejal dan aktiviti kitar semula yang dijalankan di Selangor.

Jabatan Media dan Perhubungan Awam KDEBWM dalam satu kenyataan memaklumkan, pertemuan yang berlangsung selama tiga jam itu bagi bertukar pandangan mengenai pengurusan sisa pepejal.

Pengarah Urusannya, Datuk Ramli Mohd Tahir berkata, kunjungan itu merupakan kesinambungan daripada kerjasama pihaknya bersama Gamuda Land Malaysia dalam aktiviti kelestarian alam dan inisiatif kitar semula.

Menurutnya, delegasi dari Vietnam tertarik dengan sistem yang digunakan oleh KDEBWM di sekitar Selangor.

“Saya telah berkongsi informasi berkaitan operasi pengurusan sisa pepejal, amalan kitar semula yang dilaksanakan oleh pihak kami dan pembinaan loji rawatan sisa lestari yang bakal dibina di negeri ini.

“Hal ini kerana, populasi penduduk di bandar Ho Chi Minh itu mempunyai 12 juta orang dan mereka juga mempunyai masalah untuk pastikan bandarnya bersih dengan kos yang rendah.” katanya.

Delegasi yang dihadiri seramai 24 anggota itu diketuai Pengerusi Gamuda Land Vietnam iaitu Liew Bing Fooi; Ketua Bahagian Kerjasama Strategik, Nguyen Quang Anh Dung; Ketua Eksekutif Perhubungan Awam dan Komunikasi, Le Minh Triet; Timbalan Ketua Pengarah, Truong Le Thi serta ramai lagi.

Ramli menerangkan, kunjungan tersebut juga memberi ruang buat pihaknya menunjukkan kepada delegasi Pusat Aduan Setempat (Centralized Command Centre) yang menguruskan aduan dan memantau pergerakan lori sampah milik KDEBWM di seluruh Negeri Selangor.

Artikel Berkaitan:

“Saya juga berhasrat untuk memberikan perkhidmatan di Vietnam jika diberikan peluang,” ujarnya.