PM terima kunjungan Rajinikanth

Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan bintang mega India, Rajinikanth
sumber : Facebook Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan bintang mega India, Rajinikanth sumber : Facebook Anwar Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan bintang mega India, Rajinikanth yang sememangnya tidak asing lagi di pentas dunia seni asia dan antarabangsa.

Dalam pertemuan tersebut, Anwar dan Rajinikanth saling bertukar pandangan berkaitan elemen kemasyarakatan.

"Antara perkara dibincangkan secara santai pastinya berkaitan elemen kemasyarakatan yang saya perjuangkan untuk dimasukkan dalam filem-filem beliau kelak.

"Saya hargai penghormatan yang diberikan beliau terhadap perjuangan saya khasnya terkait isu kesengsaraan dan penderitaan rakyat," ujarnya menerusi laman Facebook pada Isnin.

Anwar turut mendoakan Rajinikanth agar terus berjaya pada masa akan datang.

"Dititipkan doa agar Rajinikanth terus cemerlang dalam lapangan dan dunia perfileman," jelasnya.

Artikel Berkaitan: