Juruterbang wanita pertama PGU selepas 44 tahun penubuhan

Dari kiri: Siti Nabilah, Nur Hidayah, Yee Chee dan Wan Aulia mencipta sejarah sebagai kumpulan pertama juruterbang wanita dalam Pasukan Gerakan Udara (PGU) sepanjang 44 tahun penubuhan.
Dari kiri: Siti Nabilah, Nur Hidayah, Yee Chee dan Wan Aulia mencipta sejarah sebagai kumpulan pertama juruterbang wanita dalam Pasukan Gerakan Udara (PGU) sepanjang 44 tahun penubuhan.
A
A
A

IPOH - Empat inspektor polis mencipta sejarah sebagai kumpulan pertama juruterbang wanita dalam Pasukan Gerakan Udara (PGU) sepanjang 44 tahun penubuhan.

Inspektor Nur Hidayah Mohd Aisa, 33; Wan Aulia Hami Fariheen Wan Azulkefeli, 31; Yeoh Yee Chee, 31; dan Siti Nabila Abdullah, 33, masing-masing dianugerahkan lencana sayap penerbangan selepas berjaya menamatkan kursus Lesen Juruterbang Persendirian.

Penyematan lencana disempurnakan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay sempena sambutan ulang tahun Pasukan Gerakan Udara ke-44 di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara di sini pada Isnin.

Ayob Khan (tiga dsri kanan) bersama Komander PGU, Datuk Noor Sham Md Jani menyantuni empat inspektor polis yang mencipta sejarah sebagai kumpulan pertama juruterbang wanita dalam Pasukan Gerakan Udara (PGU) sepanjang 44 tahun penubuhan.
Ayob Khan (tiga dsri kanan) bersama Komander PGU, Datuk Noor Sham Md Jani menyantuni empat inspektor polis yang mencipta sejarah sebagai kumpulan pertama juruterbang wanita dalam Pasukan Gerakan Udara (PGU) sepanjang 44 tahun penubuhan.

Nur Hidayah ketika ditemui mengakui mengambil peluang menerusi pemilihan yang dibuka pada November 2021 untuk mengikuti latihan penerbangan itu.

Beliau yang dinobatkan sebagai peserta terbaik kursus melepasi kriteria pemilihan juruterbang antaranya cergas fizikal, berketinggian minimum 163 sentimeter serta fasih dan boleh menulis dalam bahasa Inggeris.

"Jika saya tidak sertai sekarang, saya mungkin tidak berpeluang untuk pengambilan seterusnya, dalam hal ini keluarga sangat menyokong.

"Sebagai juruterbang wanita pertama, kami perlu menunjukkan kebolehan sama seperti lelaki, sama ada dalam aspek akademik mahupun penerbangan," katanya yang sebelum ini bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit, Sarawak.

Artikel Berkaitan:

Bagi Yee Chee pula, perasaan teruja bercampur gementar sepanjang menyertai kursus kerana perlu melakukan penerbangan dan pendaratan pesawat secara sendiri.

Pegawai yang berkhidmat selama tujuh tahun di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu berkata, setiap peserta perlu melepasi peringkat teori terlebih dahulu sebelum layak ke fasa praktikal iaitu penerbangan.

"Fasa ini memerlukan disiplin dan motivasi yang kuat, saya dan rakan berbangga menjadi kumpulan pertama memecahkan dominasi lelaki dalam penerbangan di PGU ini," katanya.

Empat pegawai polis wanita tersebut dipilih menyertai Kursus Lesen Juruterbang Persendirian selepas tapisan ketat dilakukan ke atas 36 peserta.

Dalam majlis itu, Ayob Khan turut menyempurnakan penyematan lencana sayap penerbangan kepada lapan peserta lelaki Kursus Lesen Juruterbang Persendirian dan 12 peserta Kursus Pemerhati Udara.

Beliau berkata, dengan penyematan lencana sayap penerbangan, semua pegawai kanan dan rendah layak menjalankan operasi penerbangan bersama kru sedia ada.

"PGU merupakan satu elemen penting di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) yang berperanan membantu perjalanan operasi PDRM melibatkan aset udara.

"Selain memastikan keselamatan di persempadanan negara menerusi pemantauan dari awan biru, PGU juga menghulurkan bantuan kecemasan seperti penerbangan ihsan memindahkan mangsa banjir serta pemindahan perubatan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!