Enam tukang urut warga asing ditahan

Gambar kecil: Mohd Azam.
Gambar kecil: Mohd Azam.
A
A
A

AMPANG - Seramai enam wanita warga asing ditahan dalam serbuan di sebuah pusat urut di Taman Cahaya, di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, polis menerima maklumat premis berkenaan menyediakan khidmat tukang urut warga asing.

"Dalam serbuan 3.45 petang itu, polis menahan lima wanita warga Indonesia dan seorang wanita warga China berusia 40 hingga 58 tahun dipercayai tukang urut.

"Kita turut menahan seorang lelaki berusia 22 tahun disyaki penjaga premis berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohd Azam berkata, pihaknya merampas satu anak kunci lokar, sebotol minyak, dua helai tuala dan wang tunai RM308.

"Kesemua individu itu tiada sebarang rekod jenayah, manakala ujian air kencing adalah negatif dadah.

"Mereka ditahan reman selama empat hari bermula Ahad hingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya.

Artikel Berkaitan: