Bekas Ketua Polis Daerah Temerloh didakwa 46 pertuduhan rasuah

Mohd Azhar (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan pada Khamis atas 46 pertuduhan menerima rasuah bernilai keseluruhan RM70,600 tanpa balasan antara 2019 dan 2022.
Mohd Azhar (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan pada Khamis atas 46 pertuduhan menerima rasuah bernilai keseluruhan RM70,600 tanpa balasan antara 2019 dan 2022.
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Temerloh didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan pada Khamis atas 46 pertuduhan menerima rasuah bernilai keseluruhan RM70,600 tanpa balasan antara Mac 2019 hingga Januari 2023.

Tertuduh, Mohd Azhar Mohd Yusoff, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan termasuk 46 pertuduhan pilihan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Berdasarkan kesemua pertuduhan dan pertuduhan pilihan, Mohd Azhar didakwa melakukan perbuatan itu antara Mac 2019 hingga Januari 2023 melalui transaksi pemindahan wang secara dalam talian ke akaun bank yang diketahuinya mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasmi tertuduh sebagai pegawai kanan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.

Tertuduh didakwa menerima suapan antara RM100 sehingga RM5,600 daripada empat pihak berbeza sebagai dorongan melindungi pihak terbabit supaya tidak dikenakan apa-apa tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas pelbagai kesalahan.