Pejabat Pendidikan Islam PAID Sabak Bernam terbakar

Anggota bomba melakukan pemantauan kebakaran melibatkan pejabat Unit Pendidikan Islam PAID Daerah Sabak Bernam di sini yang terbakar pada Jumaat.
Anggota bomba melakukan pemantauan kebakaran melibatkan pejabat Unit Pendidikan Islam PAID Daerah Sabak Bernam di sini yang terbakar pada Jumaat.
A
A
A

SABAK BERNAM - Sebuah pejabat Unit Pendidikan Islam di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Daerah Sabak Bernam, di sini terbakar pada Jumaat.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.59 malam.

Menurut beliau, anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar dan Sabak Bernam dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kebakaran melibatkan sebuah bangunan pejabat kelas A berukuran 20 x 30 kaki persegi terbakar 20 peratus di bahagian ruang tamu," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Bagaimanapun, Wan Md Razali berkata, bomba berjaya mengawal kebakaran itu dalam tempoh lima minit.

"Api berjaya dikawal pada jam 8.12 malam dan tiada mangsa terlibat dan kami difahamkan kejadian disedari penghuni kuarters berhampiran," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: