Karnival Pendidikan Sinar Bestari buka tirai secara rasmi pada Jumaat

Sekitar persiapan Karnival Pendidikan Sinar Bestari pada Khamis.
Sekitar persiapan Karnival Pendidikan Sinar Bestari pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang merupakan karnival pendidikan terbesar di Selangor membuka tirai secara rasminya pada Jumaat di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini.

Karnival dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) ini akan berlangsung selama tiga hari di mana Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek akan membuat perasmian pada jam 3 petang.

Sepanjang berlangsungnya karnival, terdapat pelbagai program dan aktiviti yang boleh disertai oleh pelajar sekolah mahupun ibu bapa di lima lokasi utama.

Antara aktiviti yang dilaksanakan di pentas utama di sini ialah pertandingan bicara berirama sekolah kebangsaan (SK), sesi istimewa bersama Bank Rakyat dan tazkirah Kashoorga dari Nu Ideaktiv Sdn Bhd.

Pada sebelah petang dari jam 3.30 hingga 6 petang, demonstrasi pertunjukan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta sesi penjagaan kulit bersama Wardah turut mendapat perhatian pengunjung.

Sekitar persiapan Karnival Pendidikan Sinar Bestari pada Khamis.
Sekitar persiapan Karnival Pendidikan Sinar Bestari pada Khamis.

Seterusnya, di Studio MQT diadakan program POV Podcast Sinar Islam Plus bertajuk Dakwah alam digital, sampaikah kepada khalayak? oleh pempengaruh terkenal, Asyraf Hakimi Abdul Jalil dari jam 9 hingga 9.30 pagi.

Lokasi yang sama iaitu Studio MQT turut diadakan pertandingan pidato berkaitan alam sekitar bagi sekolah menengah kebangsaan (SMK) dan sesi Town Hall Rakyat bersama Fadhlina.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, di Bilik QTT turut disediakan program Penulis Cilik dan Apple Teacher oleh Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP) JPNS bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

Aktiviti lain yang ditawarkan di Studio F pula ialah program Lestari Alam bersama Indah Water dan pertandingan koir SK serta SMK, selain Crossword Puzzle Competition Sinar Daily bersama Yayasan Selangor.

Sekitar persiapan Karnival Pendidikan Sinar Bestari pada Khamis.
Sekitar persiapan Karnival Pendidikan Sinar Bestari pada Khamis.

Pertandingan kawad kaki yang akan bermula jam 9 hingga 11 pagi di Dataran Karangkraf itu turut memeriahkan pembuka tirai karnival tersebut.

Semua petugas karnival terbesar di negeri Selangor itu sedang giat menjalankan persiapan akhir bagi memastikan program yang berlangsung selama tiga hari bermula 8 hingga 10 September ini berjalan lancar.

Lebih menarik, Karnival Pendidikan Sinar Bestari itu dilakukan serentak bersama SinarPlus Makan Fest dan Jualan Gudang Karangkraf yang membolehkan pengunjung berhibur, belajar dan membeli-belah dalam masa yang sama.