‘Usaha perangi rasuah tiada titik noktah’ - KP SPRM

Azam Baki berucap pada Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Kali Ke-2 Tahun 2023 di Pusat Konvensyen Movenpick KLIA pada Rabu. Foto Sinar Harian/ MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Azam Baki berucap pada Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Kali Ke-2 Tahun 2023 di Pusat Konvensyen Movenpick KLIA pada Rabu. Foto Sinar Harian/ MOHD HALIM ABDUL WAHID.
A
A
A

SEPANG - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus menggiatkan usaha mencegah dan membanteras rasuah, biarpun melalui pelbagai evolusi penuh mencabar sepanjang lebih lima dekad penubuhannya.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, perjuangan itu tidak pernah bernoktah dan akan terus menjadikan agenda Malaysia bebas daripada rasuah.

“SPRM sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan untuk mencegah dan menyiasat sebarang bentuk perlakuan rasuah dan salah guna kuasa sebagai matlamat dan tanggungjawab utama seperti termaktub dalam Akta SPRM 2009.

“SPRM (saya) akan terus komited dalam usaha mencegah dan memerangi rasuah dan sudah pasti usaha ini tidak dapat dilaksanakan secara bersendirian tanpa sokongan dan bantuan daripada semua pihak,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 Tahun 2023 di Pusat Konvensyen Movenpick di sini pada Rabu.

Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud turut menyertai Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Kali Ke-2 Tahun 2023. Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud turut menyertai Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Kali Ke-2 Tahun 2023. Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.

Persidangan itu menampilkan tema ‘Membanteras Rasuah Dalam Kebersamaan: Tiada Noktah’ dan sebanyak 10 kertas penyelidikan dibentangkan.

Persidangan itu sebagai satu platform bagi perancang dasar dan pemain-pemain industri dalam menilai, merancang dan mengambil tindakan bersesuaian dalam membantu mewujudkan masyarakat Madani yang bebas rasuah.

Artikel Berkaitan:

Penganjuran persidangan ini merupakan kesinambungan program sama diadakan pada Mac lalu.

Salur maklumat bantu SPRM perangi rasuah

Sementara itu, orang ramai diminta memberikan maklumat mengenai gejala rasuah dan penyelewengan kuasa yang berlaku kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengekang perbuatan tidak bermoral daripada terus berleluasa.

Ali Imran Hassan
Ali Imran Hassan

Ahli Majlis Tertinggi Rasuah Busters Pahang, Ali Imran Hassan berkata, kerjasama masyarakat amat penting dalam membanteras amalan berkenaan.

Menurutnya, maklumat mengenai perbuatan rasuah berkenaan perlu dilakukan tanpa mengira pangkat individu itu tinggi atau rendah dalam sesebuah organisasi.

"Identiti pemberi maklumat ini juga perlu dilindungi demi menjaga keselamatan mereka daripada sebarang ancaman," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata demikian susulan laporan media pada Isnin mengenai SPRM Terengganu menahan seorang pembantu tadbir kanan disyaki menerima sebuah kenderaan sebagai balasan bagi memastikan kerja pembekalan bernilai RM230,000.

Menurut sumber SPRM, pemilik syarikat berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan kes suapan dalam bentuk pemberian kenderaan bernilai RM90,000.

Ali berkata, gejala rasuah bagaikan barah yang berlaku di setiap lapisan masyarakat tanpa mengira pangkat dan jawatan.

"Orang ramai perlu elak daripada terlibat dengan rasuah sama ada memberi atau menerima.

"Pada awalnya semua indah tetapi percayalah apabila sudah terbongkar perbuatan tersebut, ia akan meranapkan pemberi dan penerima rasuah.

"Fikirkan diri, keluarga, agama dan bangsa sebelum melibatkan diri dalam perbuatan ini," katanya.