Jangan kuat sangat desak DAP, sikit-sikit dah la... - Ahmad Fadhli

Pada Rabu Nur Jazlan berkata, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke tidak seharusnya membuat kenyataan terbuka mengenai isu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk lepas tanpa membebaskan (DNAA) 47 kes yang melibatkan Ahmad Zahid  termasuk meminta penjelasan daripada Peguam Negara mengenai kes terbabit.

A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed dinasihatkan supaya jangan terlalu mendesak DAP berhubung kenyataan yang dikeluarkan setiausaha agung parti itu berkenaan keputusan mahkamah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, terdapat perbezaan antara kes Ahmad Zahid dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.

Menurutnya, kes melibatkan Presiden UMNO sudah sampai ke peringkat prima facie berbeza dengan kes Guan Eng.

“Beza situasi, DAP jauh lebih besar jumlah kerusi berbanding UMNO dalam kerajaan yang ada pada hari ini, jadi mereka berhak persoalkan UMNO, UMNO jangan sesekali persoalkan mereka.

“Itu sudah ditegaskan sendiri oleh Presiden UMNO ketika menolak cadangan Nur Jazlan untuk DAP gugurkan slogan Malaysian Malaysia dan negara sekular,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Jelasnya, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai yang sedang berlangsung nanti ditandingi oleh calon Pakatan Harapan (PH) yang mana DAP salah satu komponen penting manakala UMNO tidak bertanding.

“Jadi yang akan terjejas ialah sokongan terhadap PH, sebab itu DAP wajar bimbang.

“Datuk Nur Jazlan, janganlah kuat sangat desak DAP tu, 'sikit-sikit' sudahlah asalkan jangan nampak senyap sangat.

Artikel Berkaitan:

“Namun begitu, sebenarnya kedua-dua kes itu bermasalah,” ujar Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Pada Rabu Nur Jazlan berkata, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke tidak seharusnya membuat kenyataan terbuka mengenai isu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk lepas tanpa membebaskan (DNAA) 47 kes yang melibatkan Ahmad Zahid termasuk meminta penjelasan daripada Peguam Negara mengenai kes terbabit.

Jelas beliau, pemimpin DAP sepatutnya berlaku adil dengan Zahid kerana pada 2018 ketika kes membabitkan bekas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng digugurkan tuduhan atas permintaan Peguam Negara (AG) ketika itu, Anthony juga tidak minta penjelasan daripada Tommy Thomas.

Sementara itu pada Selasa, Setiausaha Agung DAP, Anthony memaklumkan parti itu menghormati proses dan keputusan mahkamah, namun demi prinsip keadilan dan akauntabiliti penjelasan terbuka kepada rakyat berkenaan faktor yang mendorong kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu dilakukan.

Katanya, DAP mengambil maklum pandangan kritikal daripada pelbagai pihak dan orang ramai terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) 47 kes yang melibatkan Ahmad Zahid.

Menurut Anthony, penjelasan itu adalah penting untuk memastikan keyakinan orang ramai dan masyarakat antarabangsa terhadap sistem perundangan negara sentiasa terpelihara.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendakwaan mahu hentikan prosiding kes terhadap Ahmad Zahid

Kes Zahid: Muda adakan mesyuarat tergempar - Syed Saddiq

Kes Zahid: Rasuah Busters tuntut kerajaan kotakan kata

Kes Zahid: Pimpinan Kerajaan Perpaduan perlu nyatakan pendirian - Muda

Kes Ahmad Zahid: Gerakan tuntut penjelasan

Kes Zahid: Muhyiddin persoal tindakan Peguam Negara

Idrus Harun diminta beri penjelasan kes Ahmad Zahid - Anthony Loke