Zubedy anjur kempen derma darah

Emma (kiri) bersama salah seorang sukarelawan yang hadir pada prorgam derma darah yang diadakan di Jaya One Petaling Jaya pada Rabu. Gambar kanan: Program derma darah anjauran Zubedy akan berlangsung selama dua hari.
Emma (kiri) bersama salah seorang sukarelawan yang hadir pada prorgam derma darah yang diadakan di Jaya One Petaling Jaya pada Rabu. Gambar kanan: Program derma darah anjauran Zubedy akan berlangsung selama dua hari.
A
A
A

SHAH ALAM - Zubedy (M) Sdn Bhd menerusi Kempen #SaySomethingNice 2023 menganjurkan kempen derma darah #DripSomethingNice dengan kerjasama Pusat Darah Negara dan Jaya One Petaling Jaya.

Projek Koordinatornya, Sirotulnaimah Mathasan berkata, setakat jam 2 petang pada Rabu program tersebut berjaya mengumpul 10 beg darah.

Menurutnya, program berkenaan berlangsung selama dua hari iaitu 6 sehingga 7 September bermula 11 pagi hingga 4 petang bertempat di Jaya One Petaling Jaya.

“Program kali ini membawa mesej untuk perpaduan, cogan kata yang digunakan dalam kempen ini adalah ‘Red in Our Heart Red in Our Blood’.

“Darah kita sama-sama merah tanpa perlu ada perbezaan agama, keturunan dan bangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

30 penderma pertama yang hadir pada kempen #DripSomethingNice akan menerima baucer teh tarik percuma daripada Ted Boy.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Emma di talian 0193346899.

Artikel Berkaitan: