Anugerah TikTok: Konsisten kunci kejayaan Anas Zahrin

Anas Zahrin yang memenangi Anugerah Tiktok Malaysia 2023 bagi kategori Tiktok Shop Creator of The Year di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada Ahad. FOTO: Instagram @TV3Malaysia.
Anas Zahrin yang memenangi Anugerah Tiktok Malaysia 2023 bagi kategori Tiktok Shop Creator of The Year di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada Ahad. FOTO: Instagram @TV3Malaysia.
A
A
A

SHAH ALAM - Konsisten menjalankan perniagaan dalam talian menerusi platform TikTok Shop menjadi kunci kejayaan pempengaruh dan ahli perniagaan terkenal, Anas Zahrin sehingga berjaya merangkul Anugerah Tiktok Malaysia 2023 bagi kategori Tiktok Shop Creator of The Year pada Ahad.

Anas berkata, TikTok adalah sebuah platform yang bagus buat usahawan baharu yang ingin mengembangkan perniagaan melalui inisiatif jualan secara dalam talian.

Menurutnya, aplikasi itu berubah mengikut peredaran masa yang mana ketika awal pelancarannya, ia lebih sinonim dengan platform hiburan, namun kini berkembang pesat dengan beberapa fitur-fitur menarik.

“Dulu, orang selalu ingat aplikasi TikTok ini untuk yang suka menari atau platform untuk budak-budak, tetapi sekarang ia sudah berubah.

“Sekarang diperkenalkan pula TikTok Shop ia satu medium yang sangat bagus, terutamanya buat usahawan yang hendak meniaga atau melebarkan sayap perniagaan mereka.

“Tips yang saya ingin kongsikan adalah tidak mengapa jika view ( jumlah tontonan) tidak banyak, yang penting kena konsisten. Dulu view saya rendah, tetapi lama kelamaan bila orang sudah mula nampak kita bersiaran setiap hari, kedai kita akan meletup, Insya-ALLAH,” ujarnya menerusi hantaran video di Facebook.

Acara yang diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur itu merupakan anugerah terbesar anjuran platform media sosial TikTok buat julung kalinya untuk memberi pengiktirafan kepada pencipta kandungan daripada pelbagai latar belakang serta bidang berbeza.

Pemenang lain ialah Khairul Aming yang memenangi Creator Of The Year, Ryan Bakery (Popular Creator of the Year), Aeril Zafrel (Celebrity Creator of The Year), Tiger Labu ( Live Creator of The Year) Upin & Ipin (Popular Animation Account of The Year) dan Ikhmal Nour (Rising Star of The Year).

Selain itu, Eiqa Maleq (Best of Entertainment), Shahira Azlan (Best of Fashion & Beauty), Sultan Riq (Best of Gaming), Khalish Fitness (Best of Sports), Sir Asai (Best of Education) dan Syifa Jamil (Best of Foodie).

ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming dinobat pemenang Anugerah TikTok 2023

Anugerah TikTok: 15 tahun bersiaran, Upin & Ipin terus relevan

Anugerah TikTok: Aeril Zafrel menang Celebrity Creator of The Year

Jadi diri sendiri tak bermakna kurang ajar - Ikhmal Nour

Eiqa Maleq suka kongsi pandangan tentang filem, drama

Pencipta kandungan paranormal perlu keberanian tinggi - Tiger Labu

Sir Asai terap elemen hubung kait didik masyarakat fahami bahasa Inggeris

13 kategori jadi perhatian di Anugerah TikTok 2023