'Saya tiada hak pertikai kegilaan seseorang' - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid - Foto Bernama
Ahmad Zahid - Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menempelak kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor yang memberi bayangan UMNO bakal terkubur di Johor.

Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan kenyataan dibuat Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) sewaktu Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram tidak berasas.

"Tanya dia (Sanusi) cakap seperti itu, saya tiada hak untuk pertikaian kegilaan seorang," katanya dengan ringkas ketika ditemui di luar Dewan Jubli Intan, Sultan Ibrahim di sini pada Sabtu.

Sebelum ini, Sanusi dilaporkan menyifatkan Johor tidak lagi menjadi kubu kuat UMNO sebaliknya dilihat akan terkubur dengan gelombang PN yang melanda negeri-negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, segalanya berubah kini, apabila PH yang merupakan lawan BN, sembilan bulan lalu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kini menjadi rakan pada PRK Parlimen Pulai.

"Saya yakin di Parlimen Pulai kerana Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed mempunyai hubungan baik dengan rakan-rakan PH walaupun dulu pada PRU15 merupakan lawan.

"Bagaimanapun, sekarang beliau mengatur beberapa program bagj menyatukan kedua-dua jentera. Selain itu, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sendiri turut santuni ahli dan penyokong UMNO, jadi di Pulai ini agak mudah," ujarnya.

Tambah beliau, calon Kerajaan Perpaduan akan menang pada PRK kali ini kerana jumlah undi diterima PH dan BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu di Parlimen Pulai sebanyak 94,000 undi, manakala calon PN hanya menerima kira-kira 20,000 undi.

"Namun landskap politik sudah berubah, maka kita juga perlu ubah susun atur perjalanan kempen, kita sedar ini merupakan satu pendakian yang licin namun dalam politik ia tidak mustahil," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram bermula hari ini

Pusat penamaan calon PRK Pulai, Simpang Jeram dibuka 9 pagi ini

PRK: Hampir 1,000 penyokong iringi calon PN

Ahmad Zahid, Hamzah iring calon PRK Pulai

PRK: Calon Bebas paling awal tiba di pusat penamaan calon Parlimen Pulai

PRK: Saingan tiga penjuru di Parlimen Pulai

Pusat penamaan calon PRK Pulai, Simpang Jeram ditutup 10 pagi

PRK: Lautan merah, biru penyokong penuhi pusat penamaan calon

Sambutan PN di Johor luar biasa bos! - Sanusi

‘Kita tengok UMNO atau PN yang terkubur di Johor’ - Akmal