PRK: Lautan merah, biru penyokong penuhi pusat penamaan calon

Penyokong PH dan BN berkumpul di luar Pusat Penamaan Calon Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Johor Bahru.
Penyokong PH dan BN berkumpul di luar Pusat Penamaan Calon Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Johor Bahru.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Suasana di pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini dipenuhi penyokong parti bertanding yang mula memenuhi kawasan disediakan pihak berkuasa.

Bagi mengelakkan provokasi antara penyokong laluan utama di Jalan Ayer Molek yang menempatkan pusat penamaan calon ditutup kira-kira 100 meter.

Penyokong Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) dilihat sudah mula berkumpul di sebelah kiri dewan berhampiran Pejabat Pos Besar Johor Bahru.

Beberapa pimpinan utama menyertai perarakan tersebut antaranya Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Penyokong Perikatan Nasional (PN) pula ditempatkan di Masjid Abu Bakar sebelum mula berjalan kaki ke pusat penamaan calon.

Penyokong PN yang berarak bersama calon parti mereka di luar Pusat Penamaan Calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Johor Bahru.
Penyokong PN yang berarak bersama calon parti mereka di luar Pusat Penamaan Calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Johor Bahru.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengetuai perarakan calon PN ke pusat penamaan calon.

Kira-kira 800 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut ditempatkan di lokasi sekitar pusat penamaan calon bagi mengawal keselamatan.

PRK Parlimen Pulai dijangka akan menyaksikan persaingan sengit apabila PH mempertaruhkan anak didik Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, penyandang bagi dua kerusi kawasan itu, menentang calon PN.

PH menamakan bekas Speaker DUN Johor yang juga Setiausaha Politik Allahyarham Salahuddin, Suhaizan Kayat yang bertanding atas tiket Amanah sebagai bakal calon Parlimen Pulai untuk mempertahankan kerusi itu.

Suhaizan dijangka menentang bakal calon PN, Zulkifli Jaafar yang juga Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Pulai yang juga usahawan kelahiran Tampoi.

ARTIKEL BERKAITAN:

PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram bermula hari ini

Pusat penamaan calon PRK Pulai, Simpang Jeram dibuka 9 pagi ini

PRK: Hampir 1,000 penyokong iringi calon PN

Ahmad Zahid, Hamzah iring calon PRK Pulai