PRK: Hampir 1,000 penyokong iringi calon PN

Hamzah mengetuai perarakan bagi mengiringi calon mereka, Zulkifli (tengah) di Pusat Penamaan Calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru pada Sabtu.
Hamzah mengetuai perarakan bagi mengiringi calon mereka, Zulkifli (tengah) di Pusat Penamaan Calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Lebih 1,000 penyokong Perikatan Nasional (PN) mengiringi calon mereka, Zulkifli Jaafar diketuai Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk penamaan calon bagi kerusi Parlimen Pulai pada Sabtu.

Penyokong PN berarak sambil berselawat dan membaca doa sejurus tiba pekarangan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru pada jam 8.45 pagi.

Turut mengiringi Zulkifli ialah Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Naib Presiden Bersatu, Datuk Ronald Kiandee dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Zulkifli (tengah) tiba di pekarangan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru pada Sabtu.
Zulkifli (tengah) tiba di pekarangan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru pada Sabtu.

Zulkifli yang merupakan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Pulai mewakili PN untuk kerusi Parlimen Pulai menentang calon Pakatan Harapan (PH) dan BN, Suhaizan Kaiat dan calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi.

Kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram kosong susulan kematian penyandangnya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

SPR menetapkan tarikh penamaan calon kedua-dua PRK pada Sabtu, pengundian awal 5 September dan hari pengundian pada 9 September.

ARTIKEL BERKAITAN:

PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram bermula hari ini

Pusat penamaan calon PRK Pulai, Simpang Jeram dibuka 9 pagi ini