Pusat penamaan calon PRK Pulai, Simpang Jeram ditutup 10 pagi

Anggota polis melakukan sekatan di sekitar Pusat Penamaan Calon PRK bagi Parlimen Pulai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim. - Foto Bernama
Anggota polis melakukan sekatan di sekitar Pusat Penamaan Calon PRK bagi Parlimen Pulai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim. - Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram ditutup pada jam 10 pagi ini, selepas sejam dibuka bermula jam 9 pagi tadi.

Pusat penamaan calon bagi Parlimen Pulai diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di Johor Bahru, manakala pusat penamaan calon DUN Simpang Jeram adalah di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK berkenaan pada 9 September, manakala pengundian awal berlangsung 5 September.

Tempoh berkempen pula ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon bertanding hari ini, hingga jam 11.59 malam 8 September nanti.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan berikutan kematian penyandangnya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas, akibat pendarahan dalam otak.

Proses pemilihan wakil rakyat baharu di Parlimen Pulai melibatkan 166,653 pengundi berdaftar, sementara di DUN Simpang Jeram membabitkan sebanyak 40,379 pengundi dengan Daftar Pemilih Pilihan Raya terkini yang digunakan ialah Daftar Pemilih Tambahan Bulan April Tahun 2023 yang dikemas kini hingga 23 Julai. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram bermula hari ini

Pusat penamaan calon PRK Pulai, Simpang Jeram dibuka 9 pagi ini

PRK: Hampir 1,000 penyokong iringi calon PN

Ahmad Zahid, Hamzah iring calon PRK Pulai

PRK: Calon Bebas paling awal tiba di pusat penamaan calon Parlimen Pulai