Skyworld capai skor tertinggi dalam QLASSIC, SHASSIC

Ramuseren (kiri) menyampaikan sijil QLASSIC kepada Chee Seng.
Ramuseren (kiri) menyampaikan sijil QLASSIC kepada Chee Seng.
A
A
A

SYARIKAT pemaju hartanah bandar, SkyWorld Development Berhad (SkyWorld) mencapai skor tertinggi bagi Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan (QLASSIC) iaitu 86 peratus.

Skyworld merekodkan pencapaian sebanyak 92.63 peratus bagi Penilaian Keselamatan dan Kesihatan dalam Pembinaan (SHASSIC) untuk SkySierra Residences (The Valley) daripada Institut Penyelidikan Pembinaan Malaysia (CREAM).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lee Chee Seng berkata, pengiktirafan daripada CREAM untuk skor QLASSIC dan SHASSIC itu adalah bukti komitmen SkyWorld terhadap kualiti dan keselamatan sebagai pemaju hartanah bandar yang terkenal.

“Melalui proses yang ketat dan pemeriksaan menyeluruh, kami telah memastikan untuk menyediakan kediaman yang memenuhi keperluan industri dan bertahan dalam ujian masa.

"Ini adalah bukti komitmen kami untuk memberikan rumah berkualiti tinggi kepada rakyat Malaysia selain akan terus berinovasi dalam reka bentuk untuk menyediakan pelanggan kediaman yang terbaik,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Skyworld menguasai nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM761 juta dan kediaman dibina di tanah seluas 4.66 ekar yang terletak di lokasi strategik, SkySierra Residences (The Valley), merangkumi 1,309 unit direka dengan saiz antara 800 kaki persegi dan keluasan 1,318 kaki persegi.

Ini bagi memastikan ruang kediaman yang mencukupi untuk penduduk selain mempunyai tiga menara ikonik dengan masing-masing 48, 43 dan 54 tingkat, The Valley terletak di Setiawangsa merupakan bangunan kediaman tertinggi yang dibina oleh syarikat berkenaan setakat ini.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif CREAM, Ir M Ramuseren pula berpandangan bahawa kemudahan yang disediakan Skyworld bukan sahaja menetapkan piawaian baharu untuk industri pembinaan di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

"Tetapi syarikat itu juga berfungsi sebagai sumber yang tidak ternilai untuk profesional industri.

"Kami berharap dapat menimba pengetahuan baharu yang sudah pasti akan menyumbang untuk meningkatkan standard industri pembinaan tempatan," ujarnya.