'Jangan sensasikan gurauan MB Kedah, anak kami baik saja' - Ibu gadis kena lepuk

Pengguna akaun Tik Tok, MCSyalwa memberi komen tentang video tular Menteri Besar Kedah didakwa memukul kepala anak perempuannya.
Pengguna akaun Tik Tok, MCSyalwa memberi komen tentang video tular Menteri Besar Kedah didakwa memukul kepala anak perempuannya.
A
A
A

ALOR SETAR - Keluarga kepada pelajar perempuan yang tular berikutan kepalanya dipukul Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menggunakan sehelai kertas meminta orang ramai tidak mensensasikan perkara tidak betul tentang kejadian pada Sabtu lepas.

Pengguna akaun TikTok, MCSyalwa yang dipercayai ibu pelajar terbabit berkata, mereka sekeluarga tiada masalah dengan insiden itu.

"Sudah-sudahlah. Hidup dengan aman hampa ooi. Buat apa mensensasikan perkara yang tidak betul.

"Kami pihak ibu bapa dan anak tiada apa-apa isu pun. MB baik ja, melayan kami walaupun penat berbasikal," katanya menerusi hantaran di TikTok pada Selasa.

Ketika memberi komen di video di akaun TikTok Sinar Harian, Salwa memaklumkan, Menteri Besar Kedah terbabit tidak perlu meminta maaf kepada mereka sekeluarga.

Menurutnya, mereka tiada masalah dengan perkara itu, malah anak perempuannya dalam keadaan baik.

"Tidak sakit, patah pun. Kami melawak sesama kami. Itupun nak jadi isu," katanya.

Sebelum ini, tular video berdurasi 18 saat menunjukkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu bergurau kasar dengan memukul kepala seorang wanita menggunakan kertas mendapat perhatian warganet.

Artikel Berkaitan:

Kejadian tersebut turut disambut gelak tawa orang sekeliling yang menganggap ia sebagai jenaka biasa.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amira Aisya Abd Aziz dilaporkan menyifatkan tindakan Menteri Besar Kedah yang memukul kepala seorang wanita dengan gulungan kertas seakan-akan bergurau dengan rakyat adalah sangat tidak beradab.

Bagaimanapun, Sanusi mempertahankan tindakannya memukul seorang wanita muda dengan sehelai kertas pada Sabtu.

Sanusi berkata, kejadian itu hanyalah cara bergurau untuk menegur pelajar berkenaan kerana lambat memohon bantuan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Gurauan Sanusi pukul kepala sangat tidak beradab - Amira Aisya

'Lepuk dengan sehelai kertas, bukan kayu' - Sanusi