Gurauan Sanusi pukul kepala sangat tidak beradab - Amira Aisya

Tangkap layar video berdurasi 18 saat yang tular di media sosial baru-baru ini. Amira Aisya - Foto: Bernama.
Tangkap layar video berdurasi 18 saat yang tular di media sosial baru-baru ini. Amira Aisya - Foto: Bernama.
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang memukul kepala seorang wanita dengan gulungan kertas seakan-akan bergurau dengan rakyat adalah sangat tidak beradab.

Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amira Aisya Abd Aziz berkata, Muhammad Sanusi perlu menjaga adab apabila ingin bergurau dengan rakyat dan tidak menormalisasikan semua perkara sebagai jenaka.

“Jagalah kehormatan orang ramai. Nak bergurau, jaga adab. Lebih-lebih lagi pemimpin berpangkat besar macam Menteri Besar.

“Jangan normalisasi semua benda sebagai jenaka,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Isnin.

Baru-baru ini, tular sebuah video berdurasi 18 saat yang menunjukkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu bergurau kasar dengan memukul kepala seorang wanita menggunakan kertas mendapat perhatian warganet.

Kejadian tersebut turut disambut gelak tawa orang sekeliling yang menganggap ia sebagai jenaka biasa.

Amira Aisya berpandangan, Muhammad Sanusi perlu menunjukkan rasa hormat terhadap rakyat yang mengundi dan memilihnya kerana pengikut akan mengikuti segala perkara yang dibuat pemimpin mereka.

“Pemimpin besar buat, pengikut akan ikut sekali.

Artikel Berkaitan:

“Tunjukkan sedikit rasa hormat,” ujar beliau.