Kepala digilis tayar lori

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang wanita maut digilis lori selepas terjatuh dari motosikal ditunggangnya di Batu 3 1/2 Jalan Klang Lama arah Kuala Lumpur kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifli Yahya berkata, mangsa, Nurnazirah Nazeri, 24, dipercayai sedang menunggang motosikal di jalan berkenaan yang sedang sesak ketika itu.

"Mangsa kemudiannya melanggar bahagian belakang sebuah kereta dan terbabas ke lorong kanan laluan berkenaan sebelum terjatuh lalu kepalanya digilis tayar belakang sebuah lori

"Ekoran itu, mangsa maut di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah di kepala," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pemandu kereta dan lori terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: