Tragedi Elmina beri iktibar kematian tiba tak kira masa

Jenazah ADUN Pelangai, Datuk Seri Johari Harun dibawa keluar selepas disembahyangkan di Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang pada Ahad. - Foto Sinar Harian/MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Jenazah ADUN Pelangai, Datuk Seri Johari Harun dibawa keluar selepas disembahyangkan di Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang pada Ahad. - Foto Sinar Harian/MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
A
A
A

SELURUH rakyat Malaysia termasuk Merak Jalanan masih lagi terkejut dan berasa pilu dengan tragedi menimpa pesawat di Elmina, Shah Alam pada Khamis lepas.

Dalam nahas membabitkan jet persendirian itu, seramai 10 mangsa disahkan maut terdiri daripada lapan penumpang dan kru pesawat, termasuk seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta e-hailing yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Merak Jalanan juga melihat insiden sedih ini sebagai satu iktibar bahawa kematian tiba tidak kira masa dan ia berlaku tanpa isyarat.

Kita mungkin saja sedang memandu kereta, makan bersama keluarga, bersenam di taman atau tidur ketika kemalangan tidak disangka-sangka menimpa.

Memang agak sukar menelan realiti, tetapi ternyata hidup ini sebenarnya sangat rapuh dan singkat.

Sebab itu Merak Jalanan selalu ingatkan diri sendiri agar menjaga hubungan baik dengan orang sekeliling dan secara rohaninya, berusaha tidak meninggalkan solat dan menjaga amal ibadah lain dengan sempurna.

Insya-ALLAH apabila berusaha menjadi orang baik-baik, semua urusan akan dipermudahkan termasuklah ketika kita sudah tiada lagi di dunia ini.

Dalam nahas pesawat di Elmina ini, boleh dikatakan kesemua mangsa disifatkan anggota keluarga sebagai orang yang rajin, banyak berjasa dalam hidup mereka selain mempunyai hubungan sangat rapat dengan isteri, anak-anak dan ibu bapa.

Artikel Berkaitan:

Mungkin disebabkan itu, dalam masa tiga hari sahaja, proses pemadanan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) selesai tanpa sebarang masalah.

Malah jenazah salah seorang mangsa, Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, telah selamat dikebumikan lebih awal pada Sabtu lalu.

Al-Fatihah kepada mangsa tragedi Elmina, selamat jalan ke dunia abadi dan terima kasih di atas jasa dan bakti.

ARTIKEL BERKAITAN: [KRONOLOGI] Kes pesawat terhempas di Elmina

Nahas Elmina: Abang tunai janji pulang awal - Adik

'Arwah sanggup kerja siang malam nak bantu adiknya

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

'Johari keluar mesyuarat secara tiba-tiba'- Syed Ibrahim

Nahas Elmina: Dugaan 54 hari berpantang

'Ayah, mak terduduk bila dapat tahu tentang abang' - Adik mangsa

Allahyarham Johari suka bersedekah, mudah didekati - Penduduk Pelangai

Nahas Elmina: 'Tiada lagi rutin bersama Ustaz Deris'