Pahang berduka kehilangan pemimpin dalam nahas pesawat: MB

Ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Johari Harun yang dikongsi Wan Rosdy melalui Facebooknya pada Khamis.
Ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Johari Harun yang dikongsi Wan Rosdy melalui Facebooknya pada Khamis.
A
A
A

KUANTAN - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menzahirkan perasaan sedih dan dukacita atas tragedi menimpa Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun yang terkorban dalam nahas pesawat ringan di kawasan kediaman Elmina, Seksyen U16, Shah Alam, pada Khamis.

Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai dan Ketua UMNO Bentong antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat kira-kira jam 2.45 petang itu.

"Dengan penuh kesedihan dan dukacita, saya telah dimaklumkan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun merupakan salah seorang daripada 10 mangsa yang terkorban dalam nahas itu.

"Bagi pihak kerajaan negeri Pahang, saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham serta keluarga semua mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut," ujarnya melalui satu kenyataan pada Khamis.

Wan Rosdy berkata, Pahang telah kehilangan seorang pemimpin yang banyak menaburkan khidmat bakti untuk rakyat negeri ini.

"Saya juga menyeru agar orang ramai tidak menyebarkan gambar atau video mangsa ketika kemalangan bagi menghormati keluarga yang sedang dalam kesedihan.

"Saya berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama-sama para syuhada dan solihin. Amin," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Artikel Berkaitan:

Pesawat dilapor terhempas di Elmina Shah Alam

Nahas pesawat: Tiada panggilan kecemasan dibuat - CAAM

10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina

'Nampak pesawat senget, dengar bunyi dentuman'

Saksi dengar bunyi letupan kuat, nampak mangsa rentung

Tiada isyarat bahawa pesawat hadapi masalah - Ketua Polis Selangor

Jet Valet sahkan terima laporan pesawat miliknya terhempas di Elmina

Exco Pahang antara korban nahas pesawat di Elmina

Nahas pesawat: Pas Pahang ucap takziah atas pemergian Johari

Nahas pesawat: Mangsa bukan anak Jamaluddin Jarjis

Pesawat terhempas: Amirudin ucap takziah

Persimpangan Elmina ditutup susulan pesawat terhempas