Rakyat bukan benci, mahu UMNO belajar sesuatu - Pemuda Terengganu

Rakyat tidak mengundi UMNO bukan membenci parti tersebut sebaliknya memberi isyarat bahawa parti itu perlu belajar sesuatu sebelum terkubur. (Gambar kecil: Tengku Haphiz)
Rakyat tidak mengundi UMNO bukan membenci parti tersebut sebaliknya memberi isyarat bahawa parti itu perlu belajar sesuatu sebelum terkubur. (Gambar kecil: Tengku Haphiz)
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Rakyat tidak mengundi UMNO bukan membenci parti tersebut sebaliknya memberi isyarat bahawa parti itu perlu belajar sesuatu sebelum terkubur.

Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera berkata, perjuangan masih perlu diteruskan bagi memastikan UMNO khususnya di Terengganu bangkit semula dan kembali berjaya menawan hati pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya bersama-sama Top Five Pemuda Bahagian dan Ketua-Ketua Pemuda Dewan Undangan Negeri berkongsi rasa dan mendengar pandangan mereka tentang PRN Terengganu.

"Rata-rata pemuda bersetuju, ahli parti perlu diisi dengan taujihat (arahan berkaitan gerak kerja) seterusnya.

"Memang perit dan pedih tetapi ubat yang pahit sahaja bakal menyembuh kesakitan ini. Rakyat tidak mengundi UMNO bukan membenci kita, tetapi ingin UMNO belajar sesuatu sebelum terkubur sendiri menjadi hantu," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya baru-baru ini.

Tengku Haphiz berkata demikian selepas semua calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Sabtu lalu tewas kepada Perikatan Nasional (PN).

Pilihan raya lalu menyaksikan beberapa kejutan besar berlaku antaranya dua bekas Menteri Besar Terengganu tewas kepada pencabar masing-masing.

Datuk Seri Ahmad Said yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal tewas kepada Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris dengan majoriti 3,758 undi.

Artikel Berkaitan:

Razali yang merupakan muka baharu yang bertanding atas tiket Pas mengalahkan Ahmad yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu dengan memperoleh 13,403 undi.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu pada Sabtu menyaksikan Pas menyapu bersih 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen.

ARTIKEL BERKAITAN:PRN: Pertama kali dalam sejarah, Terengganu tiada pembangkang

PN sapu bersih 32 kerusi DUN, satu Parlimen di Terengganu

PRN Terengganu: Ahmad Said, Ahmad Razif tumbang

PRN: Terengganu catat peratusan keluar mengundi tertinggi