PRN: Terengganu catat peratusan keluar mengundi tertinggi

Seramai 17 ahli keluarga yang hadir menunjukkan jari berdakwat selepas mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang sempena PRN di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Rusila hari ini. - Foto Bernama
Seramai 17 ahli keluarga yang hadir menunjukkan jari berdakwat selepas mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang sempena PRN di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Rusila hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu mencatatkan jumlah peratusan pengundi keluar mengundi tertinggi berbanding lima negeri yang lain iaitu sebanyak 70 peratus setakat jam 4 petang.

Berdasarkan kemas kini di laman sosial rasmi milik, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Kedah mencatatkan kedudukan kedua tertinggi iaitu sebanyak 68 peratus.

Seterusnya, diikuti Pulau Pinang dengan jumlah peratusan sebanyak 67 peratus, Selangor (65 peratus), Negeri Sembilan (62 peratus) dan Kelantan (56 peratus).

Bagaimanapun, trend pengundi keluar mengundi menunjukkan penurunan selepas jam 12 tengah hari.

Pada PRN enam negeri kali ini menyaksikan seramai 570 calon bertanding untuk merebut sebanyak 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Seramai 9,773,571 pengundi dijangka menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih di 3,190 pusat pengundian bagi menentukan parti manakah yang akan membentuk kerajaan negeri baharu.

Artikel Berkaitan: