Rasuah RM27,000, SPRM tahan ahli jawatankuasa persatuan penjaja

Seorang ahli jawatankuasa persatuan penjaja ditahan SPRM kerana disyaki meminta dan menerima rasuah RM27,000.
Seorang ahli jawatankuasa persatuan penjaja ditahan SPRM kerana disyaki meminta dan menerima rasuah RM27,000.
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli jawatankuasa persatuan penjaja kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM27,000 daripada seorang pemilik syarikat pembinaan.

Menurut sumber, wang itu sebagai dorongan membantu syarikat tersebut mendapatkan lesen sementara daripada pihak berkuasa tempatan.

Katanya, peniaga terlibat bagaimanapun telah diambil tindakan oleh pihak berkuasa meskipun dipercayai telah membayar wang kepada suspek.

"Lelaki tersebut dipercayai menerima wang suapan melalui beberapa pindahan wang ke akaun bank syarikat miliknya dan melakukan kesalahan itu sekitar Jun hingga Julai 2022.

"Suspek dipercayai ditahan jam 1.30 petang, Selasa ketika diminta hadir memberikan keterangan di SPRM Kuala Lumpur," katanya pada Rabu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009, namun suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Artikel Berkaitan: