Kes ADUN pukul isteri: Polis tunggu keputusan rasmi AGC

Polis Pulau Pinang masih menunggu keputusan rasmi daripada AGC berhubung kes seorang ADUN yang didakwa memukul isterinya. Foto kecil: Dennis Lim
Polis Pulau Pinang masih menunggu keputusan rasmi daripada AGC berhubung kes seorang ADUN yang didakwa memukul isterinya. Foto kecil: Dennis Lim
A
A
A

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang masih menunggu keputusan rasmi daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung kes seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini yang didakwa memukul isterinya.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim berkata, pihaknya belum menerima sebarang keputusan rasmi daripada AGC berhubung perkembangan lanjut kes berkenaan.

“Masih tunggu keputusan rasmi daripada AGC,” katanya ringkas ketika dihubungi pada Rabu.

Terdahulu, media melaporkan, polis menerima laporan berhubung dakwaan seorang ADUN di sini memukul isterinya baru-baru ini.

Dennis berkata, siasatan berhubung kes itu masih dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, polis memanggil empat individu yang juga ahli keluarga untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun setakat ini, tiada tangkapan dibuat berhubung kes berkenaan sementara pihak polis menunggu keputusan dan arahan lanjut daripada pihak pendakwaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!