Baru seminggu bebas, lelaki 31 tahun kembali ditahan polis

Adzli (tengah) bersama kumpulan pertama media yang mentertai latihan menembak di Lapang Sasar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu pada Rabu.
Adzli (tengah) bersama kumpulan pertama media yang mentertai latihan menembak di Lapang Sasar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu pada Rabu.
A
A
A

JITRA - Baru seminggu dibebaskan dari penjara, seorang lelaki berusia 31 tahun kembali berhadapan tindakan undang-undang selepas dipercayai terbabit dalam kejadian pecah kilang sebelum melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Taman Kempas, Sungai Petani pada Selasa.

Suspek bagaimanapun gagal meloloskan diri apabila dikejar sepasukan anggota polis sebelum tiga das tembakan dilepaskan ke arah kenderaan dinaikinya.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, kejadian pecah masuk kilang itu disedari pekerja kira-kira jam 7.50 pagi sebelum pemeriksaan mendapati keadaan premis berkenaan berselerak.

Adzli (depan) bersama Pegawai polis dan media yang menyertai
Program Community Policing Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Kelab Media Elit Kedah (KMEK) sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-219 Peringkat Kontinjen Kedah di Lapang Sasar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.
Adzli (depan) bersama Pegawai polis dan media yang menyertai Program Community Policing Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Kelab Media Elit Kedah (KMEK) sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-219 Peringkat Kontinjen Kedah di Lapang Sasar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.

Menurutnya, pekerja turut mendapati sebuah kenderaan pacuan empat roda milik kilang berkenaan hilang.

"Susulan daripada itu, pada jam 5.30 petang hari sama, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah terserempak dengan kenderaan yang dilaporkan hilang itu.

"Anggota polis terpaksa melepaskan tembakan selepas suspek enggan memberhentikan kenderaan dan bertindak melanggar sebuah kenderaan orang awam sebelum turut merempuh kenderaan polis yang mengejarnya," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Terdahulu, Adzli menghadiri Program Community Policing Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Kelab Media Elit Kedah (KMEK) sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-219 Peringkat Kontinjen Kedah di Lapang Sasar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.

Artikel Berkaitan:

Program itu turut disertai 30 pengamal media terdiri daripada wartawan dan jurugambar KMEK yang mengambil bahagian dalam latihan menembak.

Beliau berkata, tindakan pantas polis berjaya membawa kepada penahanan suspek selepas cubaan melarikan diri gagal.

Hasil pemeriksaan lanjut terhadap suspek menemukan beberapa peralatan termasuk kuku kambing yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah dan mencuri kabel.

Ujian saringan air kencing juga mendapati lelaki itu positif dadah, manakala semakan rekod mendapati dia mempunyai lapan rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah dan dadah.

Adzli berkata, suspek direman selama lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Menurutnya, suspek turut memaklumkan mempunyai seorang lagi rakan sejenayah dan polis sedang giat mengesan individu berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!