Kon Yeow mula tugas secara rasmi

Kon Yeow memulakan tugas secara rasmi sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang kelima pada Isnin.
Kon Yeow memulakan tugas secara rasmi sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang kelima pada Isnin.
A
A
A

GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang mengangkat sumpah untuk penggal kedua pada Ahad telah memulakan tugas secara rasmi pada Isnin.

Beliau dilaporkan masuk ke pejabatnya di tingkat 28, Komtar pada jam 9.11 pagi.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Kon Yeow berkata, komitmennya akan kekal pada penggal baharu ini untuk memacu Pulau Pinang ke tahap yang lebih tinggi.

“Selamat pagi Pulau Pinang. Penggal baharu, komitmen kekal untuk mengemudi negeri ke arah lebih cemerlang,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri kelima bagi penggal kedua di kediaman Yang di-Pertua Negeri, Seri Mutiara pada Ahad.

PH mengekalkan kuasa di Pulau Pinang bersama sekutunya, Barisan Nasional (BN) selepas mereka memenangi 29 daripada 40 kerusi yang dipertandingkan.

Gabungan itu akan membentuk kerajaan negeri baharu dengan majoriti dua pertiga.

Kon Yeow berkata, barisan Exco kerajaan negeri yang baharu akan diputuskan selepas perbincangan antara gabungan PH-BN.

Artikel Berkaitan:

Barisan Exco baharunya bakal menyaksikan ramai muka baharu kerana majoriti daripada Exco lama digugurkan daripada diletakkan sebagai calon pada pilihan raya negeri yang baru sahaja selesai.

Difahamkan, kali ini, wakil rakyat daripada BN juga mungkin mendapat tempat sebagai Exco kerajaan negeri.

Sebelum ini, DAP telah menggugurkan lima Exco mereka iaitu P Ramasamy, Chong Eng, Phee Boon Poh, Yeoh Soon Hin dan Soon Lip Chee.

Sementara itu, PKR menggugurkan Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Datuk Abdul Halim Hussain dan Dr Norlela Ariffin.

Ahmad Zakiyuddin adalah bekas Timbalan Ketua Menteri I manakala Ramasamy adalah bekas Timbalan Ketua Menteri II.

ARTIKEL BERKAITAN: Kon Yeow angkat sumpah Ketua Menteri Pulau Pinang

Kon Yeow umum PH-BN menang dua pertiga kerusi DUN Pulau Pinang