Kemenangan NS dijangka, PH-BN akan bincang calon MB - Tok Mat

Mohamad hadir di Pusat Dagangan Dunia (WTC) bagi menantikan keputusan rasmi pilihan raya negeri (PRN) bersama pemimpin-pemimpin BN dan Pakatan Harapan (PH). - Foto SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Mohamad hadir di Pusat Dagangan Dunia (WTC) bagi menantikan keputusan rasmi pilihan raya negeri (PRN) bersama pemimpin-pemimpin BN dan Pakatan Harapan (PH). - Foto SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kemenangan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan adalah perkara yang telah dijangka.

Beliau berkata, Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan akan mengadakan perbincangan bagi menentukan calon terbaik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

"Kalau betul (menang di Negeri Sembilan) Alhamdulillah...seperti dijangkakan Kerajaan Perpaduan boleh kekalkan kerajaan tapi majoriti kita belum tahu.

"Setakat nak kekalkan Kerajaan Perpaduan dengan majoriti selesa, memang dalam jangkaan kami," katanya ditemui pemberita ketika hadir di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Sabtu.

Beliau menambah, nama calon yang sesuai akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

"Kita cuma mencalonkan calon yang dirasakan sesuai sebagai Menteri Besar untuk kita mohon restu dan perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

"Pelantikan adalah hak mutlak baginda, maka baginda yang akan putuskan," katanya.

Media melaporkan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) secara tidak rasmi telah berjaya membentuk kerajaan Negeri Sembilan apabila melepas angka majoriti mudah setakat pukul 9.30 malam.

Artikel Berkaitan:

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin.

Difahamkan kedua-dua parti memenangi 24 kerusi dengan DAP menang di kesemua 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi manakala BN menang di 14 daripada 17 kerusi yang ditandingi.