Cadang Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri

Ahmad Zahid ketika sidang media selepas menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya Majlis Profesor Negara (MPN) pada Isnin. - Foto Bernama
Ahmad Zahid ketika sidang media selepas menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya Majlis Profesor Negara (MPN) pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

CYBERJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan agar Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan diadakan bagi peringkat negeri.

Menurutnya, ia bagi memastikan akar umbi daripada pelbagai parti dapat menyertai konvensyen berkenaan termasuk memberi pandangan masing-masing.

“Saya lihat bahawa harus ada tindakan susulan di mana saya yakin konvensyen peringkat negeri dicadangkan supaya diadakan.

"Ia membolehkan akar umbi juga dapat menyertai bukan sahaja mendengar tetapi memberi pandangan pelbagai. Jadi untuk mewarnai kepelbagaian ini maka kita buka kepada orang ramai untuk sertai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Jamuan Hari Raya Majlis Profesor Negara 2023 di sini pada Isnin.

Pada Ahad, Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan diadakan buat julung kali menghimpunkan lima gabungan 19 parti politik yang mendukung Kerajaan Perpaduan.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, keserasian antara pelbagai parti politik dapat diwujudkan menerusi Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023.

Menurutnya, bukan sahaja pemimpin berada di atas pentas yang sama tetapi perwakilan daripada pelbagai parti bukan sahaja hanya mendengar namun berinteraksi antara satu sama lain.

"Kita akan hadapi Pilihan Raya Negeri dan keserasian itu penting untuk kita laksanakan. Keduanya, kita tentu mempunyai perancangan satu agenda yang panjang bagi melihat agenda nasional ini didukung parti.

"Saya sebutkan soal kemajmukan. Ini adalah satu hakikat di negara ini di mana kepelbagaian agama dan budaya tersebut harus disantuni untuk raikan perbezaan namun kita terus perkukuhkan akar tunjang masing-masing," jelasnya.

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan petanda baik, cari titik persamaan

Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan petanda baik yang menunjukkan parti gabungan di bawah PH dan BN boleh duduk semeja untuk mencari titik persamaaan.

Menurutnya, selain dapat memperkukuh perpaduan, konvensyen itu juga dapat menepis dakwaan perpecahan oleh segelintir pihak.

Beliau turut memberikan keyakinan impak konvensyen tersebut mampu memberikan keputusan baik dalam perundingan kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan dimuktamatkan di peringkat pusat kelak.

"Paling penting konvensyen ini membuktikan muafakat yang padu dalam kalangan pimpinan-pimpinan utama sekali gus menghapuskan dakwaan tentang perpecahan atau pun sebarang usaha untuk meruntuhkan kerajaan (perpaduan) seperti yang diuar-uarkan oleh sesetengah pihak.

"Ini petanda baik bahawa semua kelompok dalam Kerajaan Perpaduan bersedia duduk semeja untuk merencana dan merancang serta melupakan beberapa perbezaan ke arah memulihkan dan mentadbir Malaysia sehingga penggal ke-15 ini tamat," katanya mengulas dapatan daripada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Ahad.

Amirudin yang juga Mentari Besar Selangor ditemui pada Majlis Jalinan Aidilfitri PKNS 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada Isnin.

Dalam pada itu beliau berkata, pembahagian kerusi PH-BN bagi PRN Selangor sedang dalam perbincangan dan hanya akan diumum selepas keputusan muktamad diperoleh.

"Bila akan diumumkan, itu adalah keputusan peringkat Pusat namun di peringkat Selangor kalau boleh mahu secepat mungkin kerana kita nak bergerak pantas untuk depani PRN," katanya.

Mengenai tarikh pembubaran pula, beliau berkata, tiada tarikh tepat boleh diumumkan ketika ini namun pihaknya akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris bulan depan bagi proses pembubaran tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:Anwar yakin Kerajaan Perpaduan kekal hingga PRU16

ARTIKEL BERKAITAN:Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan isyarat baik buat Muda

ARTIKEL BERKAITAN:Kerajaan Perpaduan: Terima kasih Ahmad Zahid, Abang Jo - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN:Tiada pimpinan Kerajaan Perpaduan terlibat rasuah - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN:'Konvensyen jadi sejarah baharu, mampu kukuh dan stabilkan negara'

ARTIKEL BERKAITAN:Anwar akan undang KM Sabah, MB Kelantan cari penyelesaian isu air

ARTIKEL BERKAITAN:Konvensyen Nasional bukti Kerajaan Perpaduan stabil, kuat - Anwar

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas 25 tahun, suara Anwar kembali bergema di Dewan Merdeka

ARTIKEL BERKAITAN:Tukar slogan ‘dulu lawan, sekarang kawan’

ARTIKEL BERKAITAN:UMNO dalam Kerajaan Perpaduan bukan 'kahwin paksa' - Akmal

ARTIKEL BERKAITAN:‘Bersama Demi Malaysia’ angkat detik pembentukan Kerajaan Madani

ARTIKEL BERKAITAN:Hampir 10,000 hadir konvensyen, lambang manifestasi kestabilan

ARTIKEL BERKAITAN:'Jangan tanam lagi kebencian' - Zambry

ARTIKEL BERKAITAN:Tak sangka kena berucap di WTC, Anthony akui gugup

ARTIKEL BERKAITAN:Pemimpin gagal penuhi keperluan rakyat tidak akan kekal