Mohd Amar sahkan MB Kelantan tolak kekalkan jawatan

Mohd Amar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan di Sekolah Kebangsaan Panji hari ini. - Foto Bernama
Mohd Amar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan di Sekolah Kebangsaan Panji hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah mengesahkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menolak dilantik jawatan tersebut sekiranya Perikatan Nasional (PN) menang selepas pilihan raya negeri (PRN).

Beliau berkata, Ahmad sebelum ini sudah meminta kepimpinan Pas untuk tidak bertanding.

"Masa pilihan raya sebelum ini lagi, beliau meminta untuk tidak bertanding tetapi Presiden Pas (Tan Sri Abdul Hadi Awang) berasakan beliau perlu ada untuk memimpin negeri.

"Cuma kali ini beliau minta dengan bersungguh-sungguh dan presiden mengambil pertimbangan dengan persiapan dan faktor usianya," katanya kepada pemberita selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Panji di sini.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan namanya tidak lagi disenaraikan sebagai Timbalan Menteri Besar, Nik Amar memberitahu perkara itu tidak menjadi masalah.

"Saya pernah datang dengan kosong. Jika tiada (tidak disenaraikan) saya akan balik asal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Tiada masalah," katanya.

Bagaimanapun, Mohd Amar mengakui akan menerima keputusan parti jika beliau masih lagi diperlukan memegang jawatan penting itu.

"Saya terima jika itu keputusannya. Sebelum ini saya tidak minta," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau memberitahu, jawatan menteri besar ditentukan oleh parti sebelum dihantar dan mendapat perkenan dari istana.

"Presiden akan putuskan dan biasanya perkara itu tidak diberitahu. Nama menteri besar akan diangkat kepada pesuruh jaya sebelum dihantar ke istana," katanya.

Beliau juga bersetuju dengan gabungan teknokrat yang dicadangkan Takiyuddin ketika mesyuarat pada Khamis.

"Sebelum ini pimpinan kita digabungkan terutama dalam Exco dan sebahagiannya bukan ulamak. Itu memang sudah jadi amalan kita," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: PRN: Pas tukar MB, Timbalan MB Kelantan jika menang

Ahmad mahu undur diri sebagai MB kerana uzur - Abdul Hadi

Mohd Amar enggan ulas isu tukar MB, Timbalan MB Kelantan

Mohd Amar sahkan MB Kelantan tolak kekalkan jawatan