PRN: Terengganu umum Ahad cuti peristiwa

No Image Caption
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu mengumumkan Ahad sebagai cuti peristiwa sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung pada Sabtu.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu dibuat bagi memudahkan pengundi luar yang bekerja di negeri ini pulang ke tempat mengundi masing-masing.

"Pengumuman ini juga mengambil kira tugasan dan bagi memudahkan kakitangan kerajaan negeri yang bertugas sehingga lewat malam membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari pengundian.

"Kerajaan negeri berharap pengumuman ini akan dapat memberikan kemudahan dan keselesaan kepada semua yang terlibat dalam pesta demokrasi pada 12 Ogos 2023 nanti," katanya menerusi hantaran di Facebooknya, pada Jumaat.

SPR sebelum ini menetapkan 12 Ogos sebagai hari pengundian bagi enam PRN dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu dengan tarikh penamaan calon ditetapkan pada 29 Julai manakala 8 Ogos lalu bagi pengundian awal.

Enam negeri terlibat adalah Terengganu, Negeri Sembilan, Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Secara keseluruhan, seramai 9,796,616 orang pengundi bakal mengundi membabitkan 9,674,456 orang untuk PRN dan 122,160 bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

Artikel Berkaitan: