Tiga kilang haram di Tampin ditutup

Kilang haram membakar tayar diberi notis penutupan.
Kilang haram membakar tayar diberi notis penutupan.
A
A
A

TAMPIN - Tiga buah kilang yang beroperasi secara haram di daerah ini diarahkan ditutup selepas didapati melanggar syarat ditetapkan menerusi operasi bersepadu dijalankan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bermula Selasa lalu.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, S Veerapan berkata, notis penutup dikeluarkan termasuk kepada kilang besi haram yang dalam pembinaan di Kampung Gelugor dan kilang besi di Kampung Sungai Dua Tenai dalam operasi selama dua hari itu.

"Notis tersebut dikeluarkan ke atas kedua kilang berkenaan dan kilang membakar tayar di Kampung Gelugor di bawah Seksyen 38(1)(b) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).

"Salah sebuah kilang sudah diarah tutup sejak 10 bulan lalu akibat beroperasi secara haram," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Veerapan berkata, kilang membakar tayar yang turut tular dalam media sosial sudah beroperasi sejak tiga tahun lalu iaitu semasa pentadbiran sebelum ini.

Pihak berkuasa berada di lokasi kilang haram pada operasi berkenaan.
Pihak berkuasa berada di lokasi kilang haram pada operasi berkenaan.

"Selepas PH mengambil alih pentadbiran Negeri Sembilan, Pejabat tanah dan Daerah Tampin diarah mengambil tindakan dan notis di bawah Seksyen 127 Kanun Tanah Negara 1960 dikeluarkan kepada pemilik tanah kerana melanggar syarat.

"Ketika ini juga kerajaan negeri sedang membuat pemutihan ke atas kilang-kilang haram di seluruh Negeri Sembilan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, menurutnya, semasa tindakan lanjut sedang dibuat ke atas kilang berkenaan baru baru ini pihaknya terpaksa membatalkan operasi bersepadu pada hari itu berikutan terdapat bantahan penduduk di lokasi itu sehingga tular kerana akan mengganggu siasatan.

"Namun tindakan diambil untuk penahanan operasi peralatan dan akan menyusul dengan perintah larangan ke atas kilang-kilang tersebut," katanya.