Pasukan Petugas KDN pantau projek penyelenggaraan kemudahan agensi

Kementerian Dalam Negeri telah menubuhkan Pasukan Petugas Projek Penyelenggaraan Kuarters, Premis dan Fasiliti Agensi bagi memantau pelaksanaan projek penyelenggaraan kemudahan agensi di bawah kementerian itu.
Kementerian Dalam Negeri telah menubuhkan Pasukan Petugas Projek Penyelenggaraan Kuarters, Premis dan Fasiliti Agensi bagi memantau pelaksanaan projek penyelenggaraan kemudahan agensi di bawah kementerian itu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri telah menubuhkan Pasukan Petugas Projek Penyelenggaraan Kuarters, Premis dan Fasiliti Agensi bagi memantau pelaksanaan projek penyelenggaraan kemudahan agensi di bawah kementerian itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Rubi Ubi berkata, pasukan petugas itu bertanggungjawab menyelaras, memantau serta memastikan jabatan atau agensi bertanggungjawab mematuhi prosedur, tatacara dan tadbir urus yang baik dalam pelaksanaan projek terbabit.

"Ia juga bertujuan memastikan projek-projek yang diluluskan dapat dilaksanakan segera dan memberi impak kepada penerima manfaat,” menurutnya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, setakat 5 Ogos lepas, sebanyak 90.1 peratus daripada 640 projek yang diluluskan sedang giat dijalankan manakala 9.9 peratus masih di peringkat perolehan.

Kerajaan sebelum ini meluluskan peruntukan RM200 juta di bawah Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Ke-12 (Fasa 1) yang melibatkan projek penyelenggaraan kuarters Polis Diraja Malaysia (PDRM) bernilai RM98.72 juta, kuarters Jabatan Penjara (RM41 juta), kuarters Agensi Antidadah Kebangsaan (RM31.29 juta), kuarters Jabatan Imigresen (RM19 juta) dan kuarters Agensi Penguatkuasaan Maritim (RM10 juta).

Pada 15 Julai lepas, kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM200 juta Fasa Dua bagi tujuan pembaikan kuarters, premis dan fasiliti agensi di bawah kementerian itu yang membabitkan pengagihan peruntukan RM145 juta kepada PDRM, RM40 juta kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah dan RM15 juta kepada Jabatan Penjara.

Rubi berkata, pelaksanaan projek di bawah kelulusan peruntukan fasa dua sedang rancak dijalankan dan dijangka siap selewat-lewatnya hujung tahun ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: