Kes Nik Elin: Pemuda Pas Kelantan cadang MAIK mencelah

Sebelum itu media tempatan ada melaporkan Kerajaan negeri Kelantan memandang serius tindakan mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan mengarahkan Jaheik untuk bertindak sebagai pencelah dalam prosiding kes itu di Mahkamah Persekutuan.

A
A
A

KOTA BHARU - Pemuda Pas Kelantan mencadangkan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) turut sama mencelah dalam isu cabaran terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan oleh Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Natasya Tengku Abdul Rahman terhadap kerajaan Kelantan.

Ketuanya, Mohd Kamal Mohamad berkata, ia sesuai fungsinya di bawah Seksyen 5, Penubuhan Memperbadankan MAIK sebagai membantu tuanku Sultan menjaga dan memelihara kepentingan agama selain Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik).

"Selain itu individu dan semua NGO (badan bukan kerajaan) berkait kepentingan Islam harus tampil melawan dan bersolidariti dalam isu ini.

"Cabaran pempetisyen Nik Elin dalam kes ini secara langsungnya perlu dihadapi dan dilawan melalui lunas undang-undang bagi mempertahankam kepentingan dan status perundangan dan badan kehakiman Syariah dengan terlibat sebagai pencelah, amicus curae ataupun watching brief," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, dalam masa yang sama kesedaran rakyat perlu dibangkitkan kerana kesannya besar kepada kepentingan Islam di Kelantan dan negeri-negeri lain.

Ujarnya, Pemuda Pas Kelantan teguh berdiri dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam isu cabaran terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan oleh Nik Elin.

Mohd Kamal memberitahu, justeru penghargaan perlu diberikan kepada Jaheaik yang turut mencelah bagi menjaga kepentingan Islam, Undang-undang Syariah dan Kerajaan Kelantan secara tidak langsung.

"Kesan prosiding ini amat besar terhadap undang-undang syariah yang menjadi undang-undang asal kedaulatan Tanah Melayu sebelum datangnya penjajah.

"Ia akan membantut dan melemahkan usaha memperkasakan undang-undang syariah dan sistem kehakiman syariah," katanya.

Menurut beliau, ia suatu langkah mengundur kebelakang dan malang buat undang-undang syariah dan sistem kehakiman syariah terus-terusan dianggap sebagai undang-undang kelas kedua.

Sebelum itu media tempatan ada melaporkan Kerajaan negeri Kelantan memandang serius tindakan mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan mengarahkan Jaheik untuk bertindak sebagai pencelah dalam prosiding kes itu di Mahkamah Persekutuan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, kes itu melibatkan cabaran terhadap kuasa badan perundangan negeri untuk menggubal Undang-Undang Jenayah Syariah di bawah Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.