HFMD di Perak terkawal

Seramai 45 murid daripada sembilan sekolah rendah di Perak dilaporkan dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) sejak bulan lalu. Foto hiasan
Seramai 45 murid daripada sembilan sekolah rendah di Perak dilaporkan dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) sejak bulan lalu. Foto hiasan
A
A
A

IPOH - Seramai 45 murid daripada sembilan sekolah rendah di negeri ini dilaporkan dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) sejak bulan lalu.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia, dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, daerah Kinta Selatan merekodkan kes terbanyak dengan 18 kes diikuti Kinta Utara (9), Kerian (8), Muallim (6) serta Larut Matang dan Selama pula empat kes.

"Berikutan itu, dua kelas biasa dan dua kelas pra sekolah telah diarahkan tutup selama 10 hari bagi tujuan sanitasi dan pencegahan.

"HFMD adalah penyakit berjangkit yang perlu dibuat kawalan awal yang mana ia menular dalam kalangan pelajar pra sekolah dan Tahap 1," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pesta Buku Perak 2023 di Klebang di sini pada Jumaat.

Khairudin (tengah) bersama Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak,Rafidah Abdul Aziz melawat gerai pameran pada Pesta Buku Perak 2023 di Klebang pada Jumaat.
Khairudin (tengah) bersama Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak,Rafidah Abdul Aziz melawat gerai pameran pada Pesta Buku Perak 2023 di Klebang pada Jumaat.

Menurut beliau, angka itu bagaimanapun belum capai tahap yang membimbangkan.

"Murid yang mempunyai gejala HFMD ini diharapkan dapat menjalani kuarantin di rumah dahulu.

"Penularan virus ini tidak membimbangkan tetapi pihak sekolah telah ambil langkah dengan melakukan saringan dalam kalangan murid selain menjaga kebersihan," katanya.