X

Kindly register in order to view this article
!

Air Selangor sedia bekalan air kepada pengguna terjejas

Tiga paip utama pecah di tapak projek pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Banting-Taiping di Klang, Sabtu lepas.- Foto Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor
A
A

KUALA LUMPUR - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyediakan 10 tangki statik dan 74 lori tangki air sebagai bantuan bekalan air kepada pengguna terjejas akibat tiga paip utama pecah di tapak projek pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Banting-Taiping di Klang, Sabtu lepas.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Charles Santiago dalam kenyataan hari ini berkata, dua Pusat Khidmat Setempat di Bandar Sultan Suleiman dan Bandar Parkland serta lima pili awam di Masjid Rahimah, Seksyen 16 dan Bandar Bukit Raja dibuka bagi orang awam bagi mendapatkan bekalan air bantuan itu.

Dalam pada itu, beliau berkata, SPAN akan melakukan siasatan terperinci berkaitan kejadian berkenaan di bawah peruntukan Seksyen 122, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).

ARTIKEL BERKAITAN: Mesej saya jika perlu bekalan air: MB Selangor

Beliau berkata, pemantauan rapi kerja-kerja pembaikan ke atas paip-paip itu dilakukan bagi memastikan bekalan air dapat dipulihkan segera.

“Susulan kejadian, Air Selangor melaksanakan tindakan menutup injap bekalan ke paip berkenaan dan menjalankan kerja-kerja pembaikan dengan segera. Kerja-kerja pembaikan mengalami kesukaran disebabkan keadaan tapak yang masih berlaku pergerakan tanah, dan Air Selangor sedang melaksanakannya secepat mungkin dengan pemantauan SPAN,” katanya,

Sejak minggu lepas, kejadian itu menjejaskan pengguna di 65 kawasan sekitar Klang khususnya mereka yang mendapat bekalan air dari Kolam Air Bukit Lipat Kajang. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!