SEGiM bela nasib rider

Dr Baayah Baba
Dr Baayah Baba
A
A
A

SHAH ALAM - Kewujudan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) dapat membela nasib penghantar makanan termasuk pembekal perkhidmatan.

Penganalisis Ekonomi, Dr Baayah Baba berkata, jika dibandingkan Kumpulan Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), ia secara umum lebih dari segi pengangkutan darat manakala SEGiM memang menumpukan kepada ekonomi gig.

"Bagi saya diwujudkan SEGiM ini, rider rasa somewhere we can turn (tempat yang mana mereka boleh berharap) berbanding SPAD," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar Siri 407 yang bertajuk SEGiM: Untuk Siapa? yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Selasa.

Program itu dihoskan Ismail Adnan dan turut menampilkan tiga panelis lain iaitu Ketua Aktivis E-Hailing Malaysia, Jose Rizal dan Bekas Ketua Bahagian Polisi dan Perancangan, Kumpulan Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Wan Agyl Wan Hassan.

Dalam pada itu, menurut Baayah, isu berkaitan kontrak pekerjaan yang mana akan mengehadkan pilihan pekerja gig dan pembekal perkhidmatan itu itu bergantung kepada penawaran yang diberikan oleh syarikat itu.

Jelasnya, apabila mempunyai persaingan syarikat akan berlumba-lumba untuk menunjukkan bukan sahaja peluang malah kelebihan untuk bekerja sebagai grab rider.

"Justeru, SEGiM mesti ada senarai undang-undang yang perlu digunapakai dan setiap daripadanya tidak berguna kalau tidak ada pelaksanaan

"Memang masa nak laksana, semua mahu lakukan dan siapa yang terlibat dalam politik boleh (laksanakan) tetapi mereka perlu melaksanakan tanggungjawab sepatutnya supaya rider, pengguna dan syarikat mendapat kebaikan daripada SEGiM," ujarnya.