Allahyarham Salahuddin menteri 'sempoi', mesra - Azrul Zaidi

Azrul (depan) kongsi foto kenangan bersama Allahyarham Salahuddin ketika mengendalikan program Bicara Pengguna. - Foto INSTAGRAM AZRUL ZAIDI
Azrul (depan) kongsi foto kenangan bersama Allahyarham Salahuddin ketika mengendalikan program Bicara Pengguna. - Foto INSTAGRAM AZRUL ZAIDI
A
A
A

PEMERGIAN Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada malam Ahad amat dirasai bukan sahaja buat keluarga dan teman rapat, tetapi seluruh rakat Malaysia.

Sejak berita duka itu dikongsikan kepada umum, ramai yang menzahirkan rasa sedih dan berkongsi pengalaman dan momen manis ketika berurusan dengan tokoh politik disegani itu.

Tidak terkecuali pengacara dan pelawak, Azrul Zaidi yang pernah menemuramah Allahyarham Salahuddin, 61, dalam salah sebuah program bual bicara terbitan RTM.

Azrul menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagramnya memuji sikap Allahyarham yang berdedikasi dan mudah didekati.

“Saya pernah mengacarakan sebuah program di RTM iaitu Bicara Pengguna. Rata-rata tetamu program ini adalah menteri. Antara menteri yang sempoi dan mesra ialah Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

“Progam ini live dan ada penonton yang akan membuat panggilan dan juga soalan melalui Facebook. Sesetengah tetamu akan bagitahu jangan ambil panggilan atau tapis dahulu dan ada yang tak nak soalan daripada Facebook.

“Tetapi tidak buat Allahyarham. Beliau bagitau apa saja yang hendak ditanya, beliau akan jawab tanpa tapisan,” katanya.

Tambah Azrul lagi, sikap positif yang ditunjukkan Allahyarham membuatkan dirinya berasa selesa dan tenang sepanjang mengendalikan program terbabit.

“Sebagai pengacara, bila dapat tetamu yang sempoi dan berdedikasi, maka kita akan tenang dan tidak kalut.

“Walaupun hanya sejam bersama, tetapi dapat dilihat ketokohan dan mulianya hati seorang insan yang ikhlas membantu masalah rakyat.

“Kenangan bersama arwah akan saya simpan sampai bila-bila,” katanya.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Jeram (Johor) dilaporkan meninggal dunia pada jam 9.23 malam Ahad di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat, Pontian, Johor sekitar 12.05 minit tengah hari Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN:

Salahuddin Ayub meninggal dunia

'Berehatlah sahabatku...' - Anwar

Suasana pilu selubungi ketibaan jenazah Salahuddin

Belangsungkawa Datuk Seri Salahuddin Ayub

Jenazah Salahuddin selamat disolatkan di Masjid Al-Badar

Jenazah Salahuddin dikebumi di Pontian tengah hari Isnin

Jenazah Salahuddin akan disembahyangkan di Masjid Al-Badar

Salahuddin aktif pastikan tiada kenaikan harga barang - Mat Sabu

Salahuddin rakan baik, budiman - Sanusi

Pesawat khas bawa pulang jenazah Salahuddin ke Johor Bahru

Jenazah Salahuddin akan dikebumikan di Tanjung Piai