Salahuddin sentiasa bekerja keras, tak kira masa - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid (berdiri tiga dari kiri) menziarahi pusara Allahyarham Salahuddin di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat, Tanjung Piai, Pontian hari ini. - Foto Bernama
Ahmad Zahid (berdiri tiga dari kiri) menziarahi pusara Allahyarham Salahuddin di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat, Tanjung Piai, Pontian hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PONTIAN - "Beliau seorang yang sangat bekerja keras, tak kira masa."

Itu reaksi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika mengulas mengenai keperibadian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia, pada malam Ahad.

Menurut Ahmad Zahid, beliau sudah lama mengenali Salahuddin sejak Ahli Parlimen Tanjung Piai itu masih bersama Pas.

“Kami kenal dah lama... sejak (Salahuddin) dalam Pemuda Pas lagi... macam sahabatlah. Tapi bagi saya, beliau adalah seorang yang sangat bekerja keras.

“Malah, beliau bekerja tak kira masa dan beliau berada di mana-mana...antaranya dengan menyediakan Bakul Rahmah.

“Oleh itu, daripada kalangan golongan miskin tegar (B40) akan pasti teringat sumbangannya terhadap skim rahmah ini,” katanya.

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid

Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Kampung Serkat di sini, sempena urusan pengebumian Salahuddin pada Isnin.

Untuk rekod, Salahuddin, 62, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, pada jam 9.23 malam, pada Ahad setelah dikejarkan ke wad kecemasan HSB pada 10.15 malam Jumaat lalu bagi mendapatkan rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah.

Selepas pembedahan itu, keadaan Salahudidn dilaporkan stabil, namun beliau disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar sebelum menjalani pembedahan Sabtu lalu sebelum ditidurkan dan dipantau rapi di unit rawatan rapi (ICU).

Sementara itu, Ahmad Zahid yang turut menghargai konsep Bakul Rahmah diperkenalkan Allahyarham turut berharap kesinambungan itu diteruskan oleh penggantinya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN: Salahuddin Ayub meninggal dunia

'Berehatlah sahabatku...' - Anwar

Suasana pilu selubungi ketibaan jenazah Salahuddin

Belangsungkawa Datuk Seri Salahuddin Ayub

Jenazah Salahuddin selamat disolatkan di Masjid Al-Badar

Jenazah Salahuddin dikebumi di Pontian tengah hari Isnin

Jenazah Salahuddin akan disembahyangkan di Masjid Al-Badar

Salahuddin aktif pastikan tiada kenaikan harga barang - Mat Sabu

Salahuddin rakan baik, budiman - Sanusi

Pesawat khas bawa pulang jenazah Salahuddin ke Johor Bahru

Jenazah Salahuddin akan dikebumikan di Tanjung Piai

'Salahuddin paling istimewa di hati saya - Hannah

Salahuddin gigih bantu rakyat hingga akhir hayat - Ahmad Maslan

Salahuddin pejuang kos sara hidup rakyat - PM

Salahuddin maafkan semua orang sebelum tidur - Tze Tzin