Salahuddin gigih bantu rakyat hingga akhir hayat - Ahmad Maslan

Ahmad mencuba komputer di kiosk KWSP ketika lawatan rasmi beliau di KWSP di Kota Bharu pada Isnin.
Ahmad mencuba komputer di kiosk KWSP ketika lawatan rasmi beliau di KWSP di Kota Bharu pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub merupakan menteri yang gigih membantu kos sara hidup rakyat di negara ini hingga akhir hayat beliau.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, antara usaha beliau ialah mempopularkan pelbagai produk di bawah program Payung Rahmah.

Menurut beliau, antara inisiatif yang diperkenalkan ialah jualan, menu dan insurans produk Rahmah melalui kerjasama dengan sektor swasta.

"Usaha itu memberi kesan dan ketika hujung hayatnya, beliau menafikan akan ada peningkatan mendadak harga barang sebagaimana yang diuar-uarkan di media sosial," katanya ketika melakukan lawatan rasmi di bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di sini pada Isnin.

Ahmad juga memberitahu, semua perkara itu hanya telahan kerana Allahyarham sudah menyebut tiada kenaikan mendadak seperti yang tular itu.

"Takziah kepada keluarga Allahyarham. Beliau merupakan sahabat ramai orang dan sahabat saya juga. Kita doakan keluarganya tenang dan rohnya ditempatkan dalam kalangan orang soleh dan dianugerahkan syurga," katanya.

Salahuddin dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar Jumaat lalu dan disahkan meninggal dunia pada jam 9.23 malam Ahad.

Beliau meninggalkan enam cahaya mata hasil perkahwinan dengan isterinya, Datin Seri Fatimah Taha.

Dalam politik, Allahyarham dilantik sebagai Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) sejak tahun 2015.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dan ke-15 lalu, Allahyarham memenangi kerusi Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Negeri Johor bagi kawasan Simpang Jeram di Muar.

ARTIKEL BERKAITAN:

Salahuddin Ayub meninggal dunia

'Berehatlah sahabatku...' - Anwar

Suasana pilu selubungi ketibaan jenazah Salahuddin

Belangsungkawa Datuk Seri Salahuddin Ayub

Jenazah Salahuddin selamat disolatkan di Masjid Al-Badar

Jenazah Salahuddin dikebumi di Pontian tengah hari Isnin

Jenazah Salahuddin akan disembahyangkan di Masjid Al-Badar

Salahuddin aktif pastikan tiada kenaikan harga barang - Mat Sabu

Salahuddin rakan baik, budiman - Sanusi

Pesawat khas bawa pulang jenazah Salahuddin ke Johor Bahru

Jenazah Salahuddin akan dikebumikan di Tanjung Piai