PRN: Nor Hafizah sekali lagi diberi kepercayaan tanding

Calon-calon BN yang akan bertanding pada PRN Pulau Pinang ketika hadir pada Majlis Pengumuman Calon BN PRN di Dewan Tun Hussein Onn di WTC Kuala Lumpur pada Jumaat. Gambar kecil: Nor Hafizah
Calon-calon BN yang akan bertanding pada PRN Pulau Pinang ketika hadir pada Majlis Pengumuman Calon BN PRN di Dewan Tun Hussein Onn di WTC Kuala Lumpur pada Jumaat. Gambar kecil: Nor Hafizah
A
A
A

GEORGETOWN - Nor Hafizah Othman dari Barisan Nasional sekali lagi diberi kepercayaan dalam pilihan raya negeri (PRN) ini untuk bertanding di kerusi N04 Permatang Berangan.

Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan sejak 2018.

Anak tempatan Pulau Pinang itu merupakan seorang peguam lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Pertama kali dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Al-Irshad, Pokok Sena itu berjaya mencipta kemenangan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Berangan dengan peroleh majoriti 646.

Nor Hafizah menang dengan mendapat 6,870 undian ketika menentang Mohd Sobri Saleh@Pakcik Sobri daripada parti Pas yang mendapat 6,224 undi.

Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di tangan calon Perikatan Nasional (PN), Dr Siti Mastura Muhammad dicalonkan untuk N02 Bertam.

Dalam PRU15 lalu, Reezal Merican gagal mempertahankan kerusi dimenanginya pada PRU14 apabila tewas dengan majoriti 2,867.

Siti Mastura memenangi kerusi berkenaan dengan mendapat 28,604 undi manakala Reezal Merican memperoleh 25,737 undi.

BN turut mempertaruhkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Shaik Hussein Mydin di kerusi N05 Sungai Dua; Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal, Rashidi Zinol untuk N21 Sungai Acheh dan N01 Penaga diwakili Mohd Naim Salleh.

Mohd Naim adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas dan kini merupakan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kepala Batas.

Dalam pada itu, bagi kerusi N40 Teluk Bahang pula, BN meletakkan peguam, Ahmad Zaki Shah Shah Headan.

Ahmad Zaki merupakan anak kepada Ketua Bahagian UMNO Balik Pulau, Datuk Shah Headan Ayoob Shah.

ARTIKEL BERKAITAN:

BN umum 107 calon tanding PRN enam negeri

PRN: BN hanya bertanding 12 kerusi di Selangor

PRN: Tengku Zafrul akur keputusan pucuk pimpinan

PRN: BN pertaruh semula Tok Mat, Reezal Merican

PRN: Isteri, anak Isa Samad calon BN di Juasseh, Bagan Pinang

Nama Tengku Zafrul tak disenarai UMNO Selangor - Tok Mat

PRN: Bekas Timbalan Menteri tanding DUN Ajil

PRN: Dua bekas Menteri Besar Terengganu pertahan kerusi DUN

BN pertaruh calon 'heavyweight', status Tengku Zafrul masih samar-samar