PRN: Tengku Zafrul akur keputusan pucuk pimpinan

Tengku Zafrul
Tengku Zafrul
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akur apabila nama beliau tidak tersenarai sebagai calon dalam pilihan raya negeri (PRN) Selangor.

Tengku Zafrul berkata, sebagai ahli parti, beliau menyerahkan kebijaksanaan pucuk pimpinan untuk menentukan strategi terbaik untuk memenangi pilihan raya.

"Apabila diputuskan saya tidak bertanding, maksudnya jelas pada hemat pucuk pimpinan buat masa ini peranan saya bukan sebahagian daripada strategi tersebut," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Bagaimanapun, beliau menyatakan komitmen untuk membantu calon Kerajaan Perpaduan yang akan bertanding bukan sahaja di Selangor tetapi di lima negeri lain dalam PRN.

Tengku Zafrul berkata, sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, beliau ingin melihat dan membantu UMNO 'bertapak' dan memenangi kerusi DUN di negeri ini.

"Kita boleh buktikan UMNO ini tidak semata-mata bergantung harap kepada Pakatan Harapan yang kita tahu kuat di negeri Selangor," tambahnya.

Tengku Zafrul sebelum ini disebut-sebut sebagai calon dan bakal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

Bagaimanapun, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) itu tidak pasti namanya akan dicalonkan atau tidak dan beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan.

ARTIKEL BERKAITAN:

BN umum 107 calon tanding PRN enam negeri

PRN: BN hanya bertanding 12 kerusi di Selangor

PRN: Nor Hafizah sekali lagi diberi kepercayaan tanding

PRN: BN pertaruh semula Tok Mat, Reezal Merican

PRN: Isteri, anak Isa Samad calon BN di Juasseh, Bagan Pinang

Nama Tengku Zafrul tak disenarai UMNO Selangor - Tok Mat

PRN: Bekas Timbalan Menteri tanding DUN Ajil

PRN: Dua bekas Menteri Besar Terengganu pertahan kerusi DUN

BN pertaruh calon 'heavyweight', status Tengku Zafrul masih samar-samar