PRN: Bekas Timbalan Menteri tanding DUN Ajil

No Image Caption
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KMM), Datuk Seri Jailani Johari membuat kemunculan semula selepas dicalonkan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, Hulu Terengganu.

Nama Jailani diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bersama 107 calon Barisan Nasional (BN) lain yang akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri bulan depan.

Pengumuman itu dibuat pada Majlis Pengumuman Calon BN PRN ke-15 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada malam Jumaat.

Jailani yang pernah menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu sebelum ini digugurkan daripada menjadi calon BN untuk mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Terengganu yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu dengan digantikan oleh Datuk Rosol Wahid.

Pada PRU13 lalu, Jailani mendapat 31,940 undi ketika menewaskan calon Pas, Kamaruzaman Abdullah yang memperoleh majoriti 8,213 undi.

PRN Terengganu menyaksikan BN mengetengahkan 26 calon antaranya Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (Kuala Besut), Datuk Mohammad Pehimi Yusof (Kota Putera), Mohd Rozaini Rasli (Jertih) dan Datuk Nawi Mohamad (Hulu Besut).

Selain itu, nama Rosdi Zakria diumumkan sebagai calon bagi kerusi DUN Jabi, Hamdan Hamzah (Permaisuri), Datuk Sabri Mohd Noor (Langkap), Bazlan Abdul Rahman (Batu Rakit), Muhammad Hanafi Hasan (Tepuh) dan Omar Adam (Buluh Gading).

Nama dua bekas Menteri Besar Terengganu yang sebelum ini telah diramalkan bertanding pada PRN kali ini iaitu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman diumumkan sebagai calon bagi kerusi Seberang Takir dan Datuk Seri Ahmad Said (Kijal).

Selain itu, turut dicalonkan ialah Wan Noorislam Wan Hashim (Bukit Tunggal), Armi Irzan Mohd (Bandar), Datuk Mohd Sabri Alwi (Ladang), Yuseri Isa (Alur Limbat), Mohd Khan Abd Rahman (Bukit Payung) dan Datuk Nik Dir Nik Wan Ku (Pengkalan Berangan).

Nama lain yang dicalonkan ialah Datuk Rozi Mamat (Telemung), Jalaludin Ismail (Kuala Berang), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Mohd Asri Mohamad (Rantau Abang), Ahmad Abdullah Abd Wahab (Paka), Mohd Khairi Afiq Mohd Yusof (Kemasik), Datuk Seri Mohamed Rahim Hussin (Cukai) dan Dr Mohd Zaki Salleh (Air Putih).

ARTIKEL BERKAITAN:

BN umum 107 calon tanding PRN enam negeri

PRN: BN hanya bertanding 12 kerusi di Selangor

PRN: Nor Hafizah sekali lagi diberi kepercayaan tanding

PRN: Tengku Zafrul akur keputusan pucuk pimpinan

PRN: BN pertaruh semula Tok Mat, Reezal Merican

PRN: Isteri, anak Isa Samad calon BN di Juasseh, Bagan Pinang

Nama Tengku Zafrul tak disenarai UMNO Selangor - Tok Mat

PRN: Dua bekas Menteri Besar Terengganu pertahan kerusi DUN

BN pertaruh calon 'heavyweight', status Tengku Zafrul masih samar-samar