BN umum 107 calon tanding PRN enam negeri

Ahmad Zahid - Foto Bernama
Ahmad Zahid - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Barisan Nasional (BN) mengumumkan 107 calon yang akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri bulan depan.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah tersebut merangkumi 62 peratus muka baharu, penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan 18 peratus dan pernah bertanding (20 peratus).

Menurutnya, daripada 245 kerusi DUN yang dipertandingkan di enam negeri (PRN), BN meletakkan calon yang terdiri daripada muka baharu, pernah bertanding, yang kalah dan tawarkan diri semula.

"Calon-calon ini ada kesinambungan muka baru dan lama, tidak dilupakan ramai juga calon (sayap) Wanita, Pemuda dan Puteri," katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon BN PRN ke-15 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Jumaat.

Ahmad Zahid (tengah) hadir pada Majlis Pengumuman Calon Barisan Nasional Pilihan Raya Negeri ke-15 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Jumaat. - FOTO MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Ahmad Zahid (tengah) hadir pada Majlis Pengumuman Calon Barisan Nasional Pilihan Raya Negeri ke-15 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Jumaat. - FOTO MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

Dalam pada itu Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO turut memaklumkan, 87 peratus calon yang ditampilkan memiliki kelayakan akademik di peringkat pengajian tinggi.

Ahmad Zahid berkata, barisan calon yang ditampilkan terdiri daripada mereka yang memahami aspirasi Kerajaan Perpaduan untuk memastikan kestabilan dapat dipertahankan.

"Setiap calon saya telah temui dan sampaikan amanah parti. Mereka ini dipilih daripada yang terbaik di kalangan terbaik.

"Tentunya sukar untuk saya buat keputusan (pilih calon) tetapi saya mengambil pendekatan untuk tidak membuat keputusan seorang diri, MKT (Majlis Kerja Tertinggi) buat perbincangan (pilih calon) berdasarkan senarai yang dikemukakan kepada kita," ujarnya.

Sementara itu pengumuman malam ini menyaksikan BN menampilkan calon daripada UMNO berikutan parti komponennya iaitu MIC dan MCA mengambil keputusan untuk tidak bertanding pada 12 Ogos ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan pada 12 Ogos, penamaan calon pada 29 Julai, manakala pengundian awal pada 8 Ogos.


Senarai penuh calon BN PRN enam negeri

DUN Kedah

N01 Ayer Hangat - Hisham Suhaily Othman

N04 Ayer Hitam - Hayazi Azizan

N05 Bukit Kayu Hitam - Zainol@Zainol Abidin Mohamad

N08 Pedu - Datuk Seri Mahdzir Khalid

N09 Bukit Lada - Datuk Said Ali Syed Rastan

N15 Anak Bukit - Noor Hasita Md Isa

N19 Sungai Tiang - Mohamad Fadzil Zolkipli

N21 Guar Chempedak - Abdul Paris Abdul Hamid

N24 Jeneri - Muhamad Khizri Abu Kassim

N27 Pantai Merdeka - Wan Mohalina Wan Mohammad

N30 Bayu - Ishak Mat

N32 Kuala Ketil - Suriati Che Mid

N33 Merbau Pulas - Asmadi Abu Talib

N36 Bandar Baharu - Nuraini Yusoff

DUN Kelantan

N01 Pengkalan Kubor - Zulkifli Abdullah

N02 Kelaboran - Mohd Rosdi Razali

N04 Wakaf Bharu - Abdul Mannan Md Said

N05 Kijang - Haris Hussin

N06 Chempaka - Nik Normi Nik Ayub

N10 Bunut Payong - Datuk Mohamed Hasnan Che Hussin

N11 Tendong - Noor Hariri Mohamed Noor

N13 Meranti - Zahri Omar

N15 Gual Periok - Anuar Mohamad

N16 Apam Putra - Akbar Salim

N17 Salor - Mohamad Husain

N21 Pantai Irama - Zakiah Md Noor

N22 Jelawat - Yusri Che Noh

N23 Melor - Azmi Ishak

N25 Kok Lanas - Ahmad Deraman

N27 Gual Ipoh - Zuhairi Zakaria

N28 Kemahang - Mazli Mustafa

N29 Selising - Hashim Ismail

N31 Semerak - Marshela Ali

N32 Gaal - Mohd Aliff Nasrol Mat Nasin

N33 Pulai Chondong - Muhammad Fakhran Che Jusoh @ Yusoff

N35 Kemuning - Mohd Fakaaruddin Ismail

N36 Bukit Bunga - Mohd Adhan Kechik

N37 Air Lanas - Nasrul Hadi Kamaruzaman

N38 Kuala Balah - Muhammad Yamiin Anuar Mat Zin

N40 Guchil - Dr Zuber Hassan

N41 Manek Urai - Suzaini Adlina Sukri

N42 Dabong - Ahmad Firdaus Muhammad

N43 Nenggiri - Ab Aziz Yusoff

N44 Paloh - Amran Arifin

N45 Galas - Mohd Syahbuddin Hashim

DUN Terenggganu

N01 Kuala Besut - Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman

N02 Kota Putera - Muhammad Pehimi Yusof

N03 Jertih - Mohd Rozaini Mohd Rasli

N04 Hulu Besut - Nawi Mohamad

N05 Jabi - Rosdi Zakaria

N06 Permaisuri - Hamdan Hamzah

N07 Langkap - Sabri Mohd Noor

N08 Batu Rakit - Bazlan Abd Rahman

N09 Tepuh - Muhammad Hanafi Hassan

N10 Buluh Gading - Omar Adam

N11 Seberang Takir - Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman

N12 Bukit Tunggal - Wan Noorislam Wan Hashim

N14 Bandar - Armi Irzan Mohd

N15 Ladang - Datuk Mohd Sabri Alwi

N17 Alur Limbat - Mohd Yuseri Isa

N18 Bukit Payung - Mohd Khim @ Mohd Khan Abd Rahman

N20 Pengkalan Berangan - Nik Dir Nik Wan Ku

N21 Telemung - Datuk Rozi Mamat

N23 Kuala Berang - Jalaludin Ismail

N24 Ajil - Datuk Seri Jailani Johari

N25 Bukit Besi - Datuk Dr Din Adam

N26 Rantau Abang - Mohd Asri Mohamad

N28 Paka - Ahmad Abdullah Abd Wahab

N29 Kemasik - Muhammad Khairi Afiq Mohd Yusof

N30 Kijal - Datuk Seri Ahmad Said

N31 Cukai - Datuk Seri Mohamed Rahim Hussin

N32 Air Putih - Dr Mohd Zaki Salleh

DUN Pulau Pinang

N01 Penaga - Mohd Naim Salleh

N02 Bertam - Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

N04 Permatang Berangan - Nor Hafizah Othman

N05 Sungai Dua - Shaik Hussein Mydin

N21 Sungai Acheh - Rashidi Zinol

N40 Telok Bahang - Ahmad Zaki Shah Shah Headan

DUN Selangor

N01 Sungai Air Tawar - Rizam Ismail

N03 Sungai Panjang - Mohd Imran Tamrin

N07 Batang Kali - Mohd Isa Abu Kasim

N08 Sungai Burong - Mohamad Khir Ramli

N12 Jeram - Jahaya Ibrahim

N13 Kuang - Hasnal Rezua Merican Habib Merican

N17 Gombak Setia - Megat Zulkarnain Omardin

N23 Dusun Tua - Johan Abd Aziz

N24 Semenyih - Wan Zulaika Anua

N44 Selat Klang - Mohd Roslee Abd Hamid

N51 Sijangkang - Mohd Al-Hafizi Abu Bakar

N55 Dengkil - Noorazli Said

DUN Negeri Sembilan

N02 Pertang - Datuk Jalaluddin Alias

N03 Sungai Lui - Mohd Razi Mohd Ali

N05 Serting - Muhamad Zamri Omar

N06 Palong - Mustapha Nagoor

N07 Jeram Padang - Mohd Zaidy Abdul Kadir

N09 Lenggeng - Mohd Asna Amin

N15 Juasseh - Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid

N16 Seri Menanti - Muhammad Sufian Maradzi

N17 Senaling - Ismail Lasim

N19 Johol - Saiful Yazan Sulaiman

N26 Chembong - Zaifulbahri Idris

N27 Rantau - Datuk Seri Mohamad Hasan

N28 Kota - Suhaimi Aini

N31 Bagan Pinang - Mohd Najib Mohd Isa

N32 Linggi - Mohd Faizal Ramli

N34 Gemas - Abd Razak Ab Said

N35 Gemencheh - Suhaimizan Bizar

ARTIKEL BERKAITAN:

PRN: BN hanya bertanding 12 kerusi di Selangor

PRN: Nor Hafizah sekali lagi diberi kepercayaan tanding

PRN: Tengku Zafrul akur keputusan pucuk pimpinan

PRN: BN pertaruh semula Tok Mat, Reezal Merican

PRN: Isteri, anak Isa Samad calon BN di Juasseh, Bagan Pinang

Nama Tengku Zafrul tak disenarai UMNO Selangor - Tok Mat

PRN: Bekas Timbalan Menteri tanding DUN Ajil

PRN: Dua bekas Menteri Besar Terengganu pertahan kerusi DUN

BN pertaruh calon 'heavyweight', status Tengku Zafrul masih samar-samar

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!