'Tindakan Sanusi jejaskan imej sendiri'

Mohd Azizuddin, Sanusi
Mohd Azizuddin, Sanusi
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa telah meremehkan pelantikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi kesan terhadap suasana politik negara sekali gus menjejaskan imejnya sendiri.

Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri itu telah melanggar ‘benteng’ yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana individu.

Menurutnya, ia akan memberi kesan terhadap pengaruh beliau dalam politik negara terutamanya pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

“Kes ini berat, lebih-lebih lagi kejadian berlaku sewaktu beliau berucap ketika sedang berkempen dan didakwa telah meremehkan pelantikan Menteri Besar Selangor serta menghina Sultan Selangor.

“Kita lihat dua isu mampu menggugat sokongan pengundi terhadapnya kerana mungkin ada pihak yang akan berubah pendapat dalam memilih pemimpin nanti,” katanya dalam Sinar Live pada Khamis.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan,Sanusi mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik pada 11 Julai lepas.

Mengikut pertuduhan, Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu didakwa melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja.

Justeru, Azizuddin berpandangan, parti politik yang bertanding perlu memfokuskan terhadap tawaran yang bakal diberikan kepada rakyat bukannya bermain isu sebegini.

Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk rakyat membuat keputusan berdasarkan tawaran yang diberikan oleh parti politik dalam soal kebajikan mereka.

“Saya jangka 40 peratus pengundi belum membuat pilihan kerana kebiasaannya mereka akan membuat keputusan pada saat akhir.

“Ia mungkin berubah berdasarkan kepada janji atau manifesto parti sekiranya mereka menang dalam PRN akan datang,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Saifuddin dakwa MBI tahu isu kecurian REE di Sik

REE: Saya belum terima kunjungan SPRM - Sanusi

Kecurian REE: Kerajaan Kedah diminta perjelas dakwaan - Mahdzir

REE: Saifuddin dedah MBI Kedah terima kompaun

REE: PKR Kedah lapor SPRM, gesa siasat Sanusi

Isu REE: SPRM siasat seorang Menteri Besar

REE: SPRM rakam keterangan 12 saksi