Kerajaan tidak campuri urusan pendakwaan Sanusi

Anwar berucap ketika hadir Sambutan Maal Hijrah 1445H Perpaduan Tanjong Karang di Kampung Raja Musa Tanjong Karang pada Rabu. - Foto Bernama
Anwar berucap ketika hadir Sambutan Maal Hijrah 1445H Perpaduan Tanjong Karang di Kampung Raja Musa Tanjong Karang pada Rabu. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA SELANGOR - Kerajaan menegaskan tidak mencampuri urusan pendakwaan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara membabitkan institusi diraja di negara ini seharusnya tidak disentuh oleh mana-mana pihak termasuk ahli politik.

"Kalau mencaci (menghina institusi raja), (kena tahu) bahawa baginda ini bukan ketua parti (politik), tetapi ketua negeri dan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Sambutan Maal Hijrah Perpaduan Tanjong Karang di Jalan Sekolah Kampung Raja Musa, Tanjong Karang di sini pada malam, Rabu.

Anwar memberitahu, kerajaan di bawah pimpinannya tidak sesekali melakukan perbuatan salah guna kuasa kepada mana-mana pihak termasuk pembangkang.

"Jangan bimbang orang Pas dan Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), saya tidak akan berlaku zalim kerana tahu apa sengsara duduk di penjara.

"Tetapi, kalau sudah kata (melakukan kesalahan hasutan) kena jawab (di mahkamah)," jelasnya.

Anwar menjelaskan, meskipun terdapat pihak tertentu mengkritik dan mencaci beliau, namun tiada tindakan dikenakan di bawah Akta Hasutan.

"Hari-hari maki, ada saya ambil tindakan? Kalau (ambil tindakan) saya saman di mahkamah atau saya buat laporan polis, (tetapi) saya tidak guna Akta Hasutan.

"Negara ini ada hukum (undang-undang), siapa siasat? Polis (yang menyiasat) kemudian hantar ke Peguam Negara untuk membuat pendakwaan," kata beliau.

ARTIKEL BERKAITAN: MB Kedah ditahan

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Pertuduhan di mahkamah bunuh karier menjelang PRN - Sanusi

Bicara Sanusi secara adil, bebas cengkaman politik

Lujnah undang-undang urus kes Sanusi sebaik mungkin - Tuan Ibrahim

Laungan takbir bergema iringi Sanusi

Tindakan undang-undang ke atas Sanusi pengajaran buat semua - Pas

'Saya faham, tidak mengaku salah Yang Arif' - Sanusi

Polis rekod keterangan Guan Eng, Abdul Hadi isu 3R

Polis ambil keterangan Dr Mahathir

Kertas siasatan kes Tun M dirujuk ke Pejabat Peguam Negara

Sanusi hilang status MB, kerusi ADUN jika bersalah