Pelakon Afiq Muiz, Pachara sah cerai

Afiq Muiz, Pachara Apin
Afiq Muiz, Pachara Apin
A
A
A

KEMELUT rumah tangga pelakon Afiq Muiz menemui titik nokhtah apabila sah bercerai talak satu dengan isteri, Pachara Apin di Mahkamah Rendah Syariah Ampang pada Selasa.

Menurut peguam syarie mewakili Afiq, Mohd Yazir Sa’at, perceraian pasangan itu dibuat tanpa sebarang tuntutan daripada Pachara atau Nur Aaira Mahadeya.

Malah Pachara, 32, juga bersetuju untuk menggugurkan semua haknya seperti nafkah edah, mutaah, tunggakan nafkah isteri dan hutang dalam perkahwinan.

Tambahnya lagi, Afiq atau nama lengkapnya Muhammad Afiq Muiz Azman Shah, 31, bersetuju untuk menarik semula kes nusyuz yang difailkan terhadap bekas isterinya itu di Rendah Syariah Sepang pada 15 Jun lalu.

“Kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau dakwaan dalam media sosial selepas perceraian,” ujarnya sebagimana dilaporkan media.

Terdahulu isu rumah tangga pasangan ini hangat diperkatakan apabila Pachara mendakwa Afiq mencederakannya dan membuat laporan polis, selain mendedahkan perkara tersebut di media sosial. Tidak berdiam diri, Afiq juga tampil membuat laporan polis untuk mempertahankan dirinya.

Afiq dan Pachara berkahwin pada 2019 dan belum dikurniakan cahaya mata.