Rakyat Kedah tidak terpengaruh propaganda lawan - Sanusi

Sanusi ketika berucap di hadapan penyokongnya di Sri Mentaloon pada petang Selasa.
Sanusi ketika berucap di hadapan penyokongnya di Sri Mentaloon pada petang Selasa.
A
A
A

ALOR SETAR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor percaya rakyat di negeri ini tidak terpengaruh dengan sebarang propaganda yang didakwa dicetuskan oleh lawan terhadapnya sejak akhir-akhir ini.

Menteri Besar Kedah itu mendakwa, propaganda sama juga turut diwujudkan kepada PN dengan cubaan mewujudkan perkara yang sengaja diada-adakan.

Namun katanya, kerjasama dan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat menjadi kekuatan buat dirinya untuk mempertahan Kedah dan memastikan enam negeri akan dipimpin gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.

"Sehari dua ini memang dibuat usaha bersungguh-sungguh untuk mengada-adakan termasuklah benda-benda yang kita tak tahu apa di bawah kementerian dia (Kementerian Dalam Negeri) di bawah imigresen.

“Semua di bawah kementerian dia tiba-tiba persoalan itu ditanya suruh kita jawab. Kita mana tau. Semua tanggungjawab dia, kita nak jawab macam mana benda yang kita tidak tahu,” katanya ketika berucap di hadapan penyokongnya di Sri Mentaloon pada petang Selasa.

Difahamkan, beliau dipercayai merujuk kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang mempersoalkan siapa lelaki warga China yang ditahan di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik, berhubung isu kecurian unsur nadir bumi (REE).

Sebelum itu, lebih 1,000 orang berhimpun di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim (LTSAH), dekat Ini menyambut kepulangan Sanusi selepas beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang pada pagi Selasa.

Tambahnya, semua penyokong PN diminta untuk menjaga disiplin dan kesihatan agar terus sihat untuk keluar mengundi pada PRN kelak.

Menurutnya, pelbagai program besar dan projek-projek utama yang akan memberi impak tinggi kepada Kedaah sedang diusahakan oleh kerajaan negeri sebelum Ini.

ARTIKEL BERKAITAN:MB Kedah ditahan

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Pertuduhan di mahkamah bunuh karier menjelang PRN - Sanusi

Bicara Sanusi secara adil, bebas cengkaman politik

Lujnah undang-undang urus kes Sanusi sebaik mungkin - Tuan Ibrahim

Laungan takbir bergema iringi Sanusi

Tindakan undang-undang ke atas Sanusi pengajaran buat semua - Pas

'Saya faham, tidak mengaku salah Yang Arif' - Sanusi

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah