Kes Sanusi berkait kenyataan menyentuh Sultan Selangor - Amirudin

Amirudin (kiri) menegaskan kes melibatkan Muhammad Sanusi tiada kaitan dengan politik. - Gambar Awani
Amirudin (kiri) menegaskan kes melibatkan Muhammad Sanusi tiada kaitan dengan politik. - Gambar Awani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan kes melibatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tiada kaitan dengan politik.

Sebaliknya, ia kenyataan penyandang kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Kedah berkenaan yang menyentuh Institusi Diraja Selangor.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Isnin, bertitah kenyataan yang dikeluarkan Menteri Besar Kedah dalam satu ceramah di negeri itu, yang dianggap menghina institusi Diraja Selangor, sebagai masih belum selesai.

"Perkara ini masih belum selesai," titah Sultan Sharafuddin menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Selangor Royal Office pada Isnin.

"Pendakwaan terhadap beliau berasaskan kepada kenyataan beliau yang menghina Institusi Diraja Selangor, ini sangat jelas," kata Amirudin.

"Tiada agenda politik di sebalik pendakwaan itu, kenyataan beliau melampaui batas serta merendah-rendahkan Institusi Diraja Selangor. Laporan itu dari Dewan DiRaja, sebuah institusi berdarjat tinggi yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor sendiri," ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sebuah forum tertutup bersama ketua-ketua pengarang di ibu negara, pada Selasa.

Sanusi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang di sini pada Selasa, atas satu lagi pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik, minggu lepas.

Sanusi, 48, yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh.

Beliau dituduh melakukan kesalahan terbabit di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara - Kampung Bendahara, Gombak dekat sini pada 11 malam, 11 Julai lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

ARTIKEL BERKAITAN:MB Kedah ditahan

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Pertuduhan di mahkamah bunuh karier menjelang PRN - Sanusi

Bicara Sanusi secara adil, bebas cengkaman politik

Lujnah undang-undang urus kes Sanusi sebaik mungkin - Tuan Ibrahim

Laungan takbir bergema iringi Sanusi

Tindakan undang-undang ke atas Sanusi pengajaran buat semua - Pas

'Saya faham, tidak mengaku salah Yang Arif' - Sanusi

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Isu Sanusi: Sultan Selangor titah isu belum selesai