Penahanan, pendakwaan Sanusi tak gugat sokongan rakyat pada PN

Mohd Tarmizi Yahya
Mohd Tarmizi Yahya
A
A
A

KUANTAN - Penahanan dan pendakwaaan yang dibuat terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada Selasa tidak menggugat sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dijadualkan Ogos depan.

Ketua Penerangan Pas Pahang, Mohd Tarmizi Yahya berkata, malahan tindakan tersebut juga tidak melumpuhkan kepimpinan dan jentera PN untuk berkempen bagi memastikan kemenangan kepada parti gabungan itu.

"Kita hormat undang-undang dan pendakwaan yang sudah dikenakan terhadap MB Kedah (Sanusi) dan pastinya semua ahli Pas bertenang dalam isu ini.

"Fokus kita pada PRN, kita yakin penahanan dan pendakwaan ini sebenarnya akan menambahkan dan meningkatkan lagi sokongan (rakyat) terhadap MB Kedah, seterusnya kepada PN pada PRN nanti," katanya pada Selasa.

Pada awal pagi Selasa, Pengarah Pilihan Raya Pas itu ditahan polis di satu lokasi di ibu negara dan perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Sanusi didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang dan mengaku tidak bersalah pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik, minggu lalu.

Beliau sebelum itu, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin atas pertuduhan sama berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dalam ceramah sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama.

Mohd Tarmizi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching mendakwa, tindakan itu dibuat bagi memberi persepsi dan imej buruk kepada Sanusi dan PN.

Beliau yakin rakyat mengetahui bahawa isu tersebut hanyalah mainan persepsi yang dimainkan oleh Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang tidak mempunyai isu untuk diketengahkan dalam PRN di enam negeri.

Jelasnya, rakyat melihat perbuatan ini adalah tindakan mundur dan ke belakang kerana menyekat kebebasan bersuara rakyat.

"Jadi, kita yakin sokongan tidak akan menurun bahkan kita melihat hari ini semakin ramai rakyat mula melihat bahawa PH terutamanya yang memperjuangkan keadilan kebebasan bersuara dan itu semua adalah retorik semata- mata," jelas beliau lagi.

Ditanya mengenai persiapan PN Pahang pada PRN enam negeri, Mohd Tarmizi yang merupakan Ketua Penerangan PN Pahang memberitahu parti gabungan itu sudah menghantar sukarelawan untuk membantu kempen PRN di Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Tambahnya, semua kawasan untuk mereka berkempen sudah diaturkan di beberapa kawasan di tiga negeri terbabit.

"Semangat yang kita dapat dalam PRU (Pilihan Raya Umum) yang lalu akan digunakan dalam PRN ini bagi memastikan peluang untuk PN menang,' katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:MB Kedah ditahan

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Pertuduhan di mahkamah bunuh karier menjelang PRN - Sanusi

Bicara Sanusi secara adil, bebas cengkaman politik

Lujnah undang-undang urus kes Sanusi sebaik mungkin - Tuan Ibrahim

Laungan takbir bergema iringi Sanusi

Tindakan undang-undang ke atas Sanusi pengajaran buat semua - Pas

'Saya faham, tidak mengaku salah Yang Arif' - Sanusi

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah